Followers

Wednesday, February 15, 2012

Rutin harianku


                                                    
       Sudah berpuluh tahun aku menjadi pendidik , dan menempuh pelbagai ragam hidup,namun
suasana hidup hari ini adalah lebih tenang,lebih bererti dan  rasa dilimpahi  banyak rahmat.

      Bezanya ialah  sesudah berbelas tahun bersara,aku kini menjadi "Baby sitter" kepada cucu lelaki yang  memasuki usia dua tahun.

      Dari sinilah bermulanya lembaran hidup baru dan kini menjadi rutin harianku. Satu susungalur hidup yang aku rasa tidak semuanya boleh dinikmati  oleh
semua orang .Ia memerlukan keyakinan ,keikhlasan,tenaga dan istiqamah  yang berpanjangan serta berterusan.Malah jika disalahurus akan menyebabkan berlakunya
konflik  keluarga  dan lebih-lebih lagi konflik diri.  Sehingga kini aku yakin dapat mengatasinya dengan  izin Allah.

     Rutin harianku bermula jam 5 pagi.Aku dan isteriku  biasanya melakukan solat-solat sunat sementara menuggu azan subuh.Setelah  selesai solat sunat subuh dirumah   kami terus ke masjid  berhampiran.dan setengah jam kemudian  telah pun bergerak kerumah anak perempuan kami,hampir tujuh kilometer jauhnya
untuk  mengambil cucu lelaki bersama dua orang kakaknya..Sebelum jam 7 pagi kami sudah pun melepasi simpang lempu isyarat yang paling sibuk untuk
menghantar  kedua-dua orang kakaknya ke sekolah.sebelum pulang bersama  cucu kerumah kami.Biasanya   sekitar jam 7.30 pagi kami sudah pun berada
dirumah dan bermulalah tugasan  harian rasmi  kami.

     Tugas ku menemani,melayan dan bergaul dengan cucu dan menidurkan nya sekitar jam 9.00 atau 10.00 pagi.Tugas isteriku menyediakan minuman susu,
memandi dan menyalin lampin dan pakaianya.Jelasnya sebahagian besar masa , akulah yang lama berada bersama  cucu dan mengikuti segala kerenahnya.

Adakalanya aku ikut  bermain  sorok-sorok dengan nya,berbaling-baling bola dan bantal  serta sekali sekali mengiau memanggil-manggl kucing!.Pendek kata
kami berkongsi kelakuan dan tingkahlaku yang sama.

     Penat,tapi aku bersyukur kerana Allah memberikan aku kesempatan  untuk bersama dengan cucu  lelaki.(Ketiga-tiga kakaknya sebelum ini
 pun membesar bersama kami) .Malah  kami tidak pun terasa membosankan melakukan kerja-kerja begini. sebaliknya  ujudnya keceriaan,hilai ketawa dan
gurau senda kami bertiga. Aku sering membayangkan betapa sunyi ibu dan ayah yang sudah tua ditinggalkan  di rumah-rumah kebajikan,tanpa hilai ketawa
bersama anak dan cucu. Syukurlah Allah memberikan rahmat untuk kami menikamati saki baki hidup bersama anak-anak dan cucu.


     Masih aku ingat datuk dan neneku dulu dikelilingi berbelas-belas orang cucu,hilai ketawa ketika makan bersama dan sekali sekala menaiki perahu beramai-
ramai   sambil menyaksikan lagak datuk menjala ikan!.Aku rasa bertuah mewarisi hidup begini walaupun perahu sudah tidak ada lagi tetapi
telah bertukar kepada komputer dan internet.Sekali sekali kami berebut-rebut "keyboard " serta tetikus  dan  adakalanya berebut remote control Astro.!

    Sekitar jam 12.00 tengahari isterikan akan berada di dapur memasak makanan  tengahari kerana sekitar jam 2.00  atau 3.00 petang ibu atau bapa cucuku bersama
tiga orang kakak akat datang menjemput adik mereka.Kami biasanya makan bersama.(Di hari-hari yang bukan rutin kami makan ala kadar sahaja.Isteriku pun
tidak banyak memasak.)

   Tugas kami  berakhir setelah mereka semua pulang.Kami berehat atau turun ke tanah mebersihkan kawasan rumah  sebelum bersiap-siap pada lewat
senja untuk ke masjid. Kami pulang kerumah selepas jam 9 atau 10 malam.

   Rutin harian kami berakhir di situ.
 
   Sekilas pandang semua itu memenatkan namun ia berbaloi jika dibandingkan dengan orang orang yang seusia kami   hanya duduk mendongak atau membilang
jari menunggu tibanya ajal.Masih ramai orang-orang yang malas bergaul dengan anakcucu daging darah mereka sendiri pada hal ia adalah satu rahmat kita
dipanjangkan umur dan masih sempat bersama mereka. Sudah ramai mereka yang pergi  kembali kepada tuhannya tanpa sempat melihat hasil zuriat sendiri
apalagi hendak bersama mereka.

   Alangkah bertuah memperolehi anak cucu yang ramai  seperti  Tok Guru walaupun sibuk dengan tugas dan kuliah , masih sempat bergaul mesra
dengan cucu-cucu yang seramai limapuluh orang itu.

   Aku tidak memiliki cucu seramai itu,tetapi memadai dengan jumlah yang  ada sekarang, aku mempelajari dan mendalami rashia untuk apa kita
dipanjangkan umur.! Kebahagiaan bagi aku ialah apabila setiap masa yang kita lalui dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Rutin harianku adalah sebahagian
dari masa-masa itu.

  Masa selebihnya yang paling banyak  ialah untuk Allah.  


    

1 comment: