Followers

Tuesday, January 26, 2010

Di tepi tangga mengadap Kaabah.

Hari ke-2 di Makkah.

13hb.Nobember (Jumaat). . Pada jam 4.00 pagi, kami sendirian ke Masjidi Haram untuk solat subuh dan kembali ke hotel pada jam 7.15 pagi. 


                                     Menunggu waktu untuk Solat Jumaat

Pengalaman pertama  (tanpa rasa malu) kami ternyata tersalah jalan lantaran kami hanya  melangkah ke hadapan dan patuh dengan ungkapn "Jangan pandang belakang" Akibatnya kami tiba di hotel  Al Jandariah dimana terletaknya ibu pejabat LUTH..Kami dilayan petugas dengan mesra dan memberitahu  yang kami akan dihantar ke Maktab 79 bersama beberapa orang lagi jamaah yang senasib dengan kami..

Ingatan kami akan dibawa dengan kereta atau van,rupa-rupanya  mengikuti petugas berjalan kaki menuruni bukit.Di persimpangan kami diarah membelok ke kanan,mendaki bukit ke arah Maktab 79 ..Aduh...bukannya jauh,tapi agak bersebelahan  iaitu dalam jarak kira-kira 200 meter sahaja !


                                      Duduk di tepi tangga,berhimpit-himpitan


    Pada jam 9.00 pagi (berdasarkan maklumat dari rakan blogger,En Manzili yang bertugas di Al Safwah Hotel) aku terus ke Masjidi Haram awal-awal lagi untuk Solat Jumaat   kerana bimbang tidak dapat memasuki masjid dan berhadapan dengan kaabah..Ternyata Ia hampir penuh sesak.Aku terus mencelah-celah dan akhirnya sampai di tepi tangga. Di situlah aku mampu duduk.

Selesai solat sunat aku terus berdoa dan membaca Al-quraan. Selama lebih dari dua jam aku terpaksa menahan asakan dan himpitan berbagai jenis pengunjung,lelaki dan perempuan.Ada yang menolak kepalaku  dan ada yang melangkah bahuku untuk kehadapan. Penawarnya satu sahaja iaitu "SABAR" dan mengingati Allah yang Maha Besar  dan Maha Mengetahui .



                                         Suasana sebelum bermulanya Solat Jumaat


                                               Sesudah selesainya Solat Jumaat


                                          Pemandangan di luar Masjidi Haram
 
   Aku ikut melakukan Solat Jumaat,(maaf,aku tidak hendak komplain) dalam keadaan  yang tidak selesa ,terpaksa berhimpit dan dicelah-celah jamaah lelaki dan juga perempuan..Realitinya  keadaan jauh berbeza dengan solat  di kampung sendiri.Apapun aku bersyukur dapat pertama kalinya duduk menghadapi kaabah. Mata seringkali digenangi air mengigati sesudah umur ku lebih separuh abad ini, aku diterima manjadi tetamuNya, duduk bersimpuh tidak jauh dari Kaabah,di belakang Makam Ibrahim..Alhamdullillah !
                                 

                                            Solat di dataran Masjidi Haram

   Malam itu kami sedikit terlewat ,dan terpaksa buat pertama kalinya solat maghrib dan Isya di dataran (kawasan lapang di luar masjid) berhadapan dengan kawasan Sai' (empat tingkat semuanya) Suasana terasa sejuk dan tenteram.


                                             ....sejuk dan tenteram