Madinah (12hb Disember,2010 - 21hb Disember 2010 bersamaan 25hb Zulhijjah 1430-4hb Muharram1431 )
Suasana di luar Masjid Nabawi pada waktu malam
Selama sepuluh hari kami berada di Madinah,selama itulah pula kami dapat melihat dan merasai keindahan Madinah Munawwarah..
Keindahan Madinah bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk fizika dan persekitarannya sahaja, malah dalam berbagai bentuk dan perspektif yang lain.
Pertama,keindahan suasana semasa melakukan ibadah.Jemaah lelaki dan perempuan diasingkan.Kami dapat merasai ketenangan dan kekhusyukan.Ruang masjid yang luas dan dihiasi indah amat mengkagumkan.

Bersolat di saf pertama di bahagiam bumbung masjid
Kedua, sesiapa sahaja yang sempat berada dan bersolat di Raudhah dan pesekitaranya akan terasa sungguh teruja dan tersentuh. Terasa betapa besarnya rahmat dari Allah dan betapa kasihnya kami terhadap Rasulullah.
Ketiga ,ketika melalui makam Rasulullah,airmata tidak dapat digenangi.Terasa damainya jiwa dan halusnya perasaan ketika mengucapkan salam kepada baginda dan sahabat-sahabat baginda.Terlalu besar jasa baginda terhadap umatnya.

Keadaan jemaah ketika keluiar dari masjid
Keindahan ruang-ruang Masjid Nabawi,tiang-tiangnya yang berukir dan bersalut warna keemasan,lampu-lampu dan silingnya yang begitu manarik menambahkan rasa keimanan dan kecintaan terhadap Allah,tuhan yang mencipta keindahan. Setiap kali berada di dalam masjid hati menjadi sayu dan hiba yang selaunya pula bercampur harap semoga Allah menerima taubat dan mengampuni segala dosa.
Wajah-wajah para pengunjung masjid yang mencerminkan keimanan dan ketakwaan menambat dan menghiburkan hati.Damainya kami ketika itu.
Suasana di bumbung masjid yang luas dan tenang memukau hati para jemaah.Terasa dekatnya Allah ketika sujud disitu..
Di luar Masjid Nabawi
Persekitaran Masjid Nabawi yang bersih dan indah,disertai dengan tiang-tiang yang berukir warna keemasan dan payung-payung gergasi yang boleh menguncup dan mengembang menambahkan lagi rasa kehebatan dan keindahan Masjid Nabawi Lebih-lebih lagi di waktu malam.

Kota Madinah bersih dan Aman.Terasa betapa tenang dan nyaman setelah kembali ke bilik penginapan berhampiran masjid.Tidak terasa resah kerana hanya dalam beberapa langkah sahaja kami boleh berada semula di dalam Masjid.
Kehidupan dan rutin harian hanya berkisar kepada menunaikan solat di Masjid Nabawi. Selesai mangambil makanan,mandi dan bersalin pakaian,kami bergegas ke masjid.Begitu lah seterusnya hari demi hari selama sembilan hari.Alangkah indah nya kehidupan begini kalau ianya terus berkekalan bila kami kembali ke tanah air nanti...Insyallah!i
Tiang-tiang besar yang berukir indah
Kemuncak keindahan di Madinah ialah apabila dapat sujud di Raudhah (walaupuan dalam keadan yang bersush payah kerana terlalu ramai pengunjung disetiap masa), kemudian solat di pentas tahajud dan seterusnya berada di saf pertama masjid Nabawi,berzikir dan berdoa selalunya dengan tangisan dan curahan airmata.(walaupun ada ketikanya terganggu oleh esakan dan tangisan jemaah dari India).Terasa benar diri berada dekat dengan Rasulullah.!

Ruamg yang luas di bahagian bumbung masjid
Tidak hairanlah kenapa setelah kembali dari Tanah Suci,dan selama seminggu itu aku bermimpi ( pada setiap malam) seringkalai berada di Masjid Nabawi,. Allah sahaja yang amat mengetahuinya. Rinduku pada Makkah dan Madinah terus menguasai diri.
Semoga Allah mengizinkan aku menjadi tetamunya lagi dan berpeluang menghadirkan diri di hadapan Kaabah dan seterusnya dapat sujud di Raudhah lagi. Insyaalah!
Itulah kemuncak keindahan dalam hidup.
Kami berangkat pulang ke tanahair pada hari Isnin jam 7.00 pagi pada 21hb.Disember 2010 besamaan 4hb Muharram 1431 dan selamat tiba ati KLIA pada jam 8.30 malam,22hb Disember 2010.

Di lapangan terbang Madinah
Kesemua perjalanan dan pengalaman kami telah menjadi kenangan sepanjang hayat..Semoga Allah terus memberkati kami dan menganugrahkan kami Haji Mabrur. Insyallah !

Di KLIA
Terima kasih diucapakan kepada semua pembaca yang melayari perjalanan "Kenangan Sepanjang hayat" ini,semoga kita semua diberkati Allah.