Followers

Friday, November 18, 2011

Kaki.. oh kaki!




                                                                 

 Sudah dua hari aku tidak keluar rumah.Turun ke tanah pun tidak.  Apalagi hendak pergi mengerjakan solat di Masjid.

   Semua ini gara-gara kakiku.Entah macam mana ia menjadi merah,berdenyut-denyut dan bengkak di bahagian atas kekura kaki.Sakitnya tidak terperi bila aku cuba berjalan.Mula-mula terenjut-enjut,lepas tu tidak tahan lagi hendak bergerak jauh.

    Aku yakin  itulah serangan "Ghout"yang banyak berlaku ke atas kaum lelaki!

   Aku cuba mengagak puncanya.Sehari dua sebelum itu aku menghadiri satu majlis pertunangan, kemudian majlis perkahwinan dan akhir sekali aku diundang  oleh seorang rakan  jemaah menghadiri kenduri berhampiran rumahku.Aku tidak mengambil nasi ,sebaliknya mengambil laksa dengan ulam serta kuah lemaknya. Itulah puncanya.Ulam nya mengandungi kacang panjang yang dipotong kecil-kecilan,

   Aku memang alahan dengan kacang panjang,walaupun sedikit ia tetap mengundang padah  buat kakiku.

   Walau bagaimana pun aku tetap bersyukur, Allah mengenakan ujian kepada kakiku.Ia tidaklah seteruk mana berbanding dengan orang yang  kena potong kaki,yang    putus kaki , yang hilang kaki dan yang tempang kakinya.

Tuesday, November 1, 2011

"Mah" dan "Mah"

 Sudah menjadi kebiasaan dan amalan yang baik untuk ziarah menziarahi sanak saudara jauh dan dekat.

Dua tahun yang lalu (2009)semasa kami mengerjakan ibadat haji di Makkah,kami berkesempatam ,menziarahi   seorang ahli keluarga     yang   sudah berpuluh tahun tinggal   di Makkah dan telah  menjadi warga negara Arab Saudi. Kami di sambut mesra  dan diraikan dengan hidangan nasi arab. Kenangan di rumah Mak Ngah Mah tidak pernah kami lupakan dan aku mencatatkan segala pengalaman menemuinya di dalam halaman  sebuah blogku .
Bersama Mak Ngah Mah di Makkah
                                                                             
Baru-baru ini (November 2011) kami  menerima berita tentang kepulangan Mak Ngah Mah ke Malaysia.Kami gembira dan ingin menemuinya .Aku memperolehi maklumat tarikh kepulangannya  berserta  nombor telefon.Kami  berjaya menghubunginya pada suatu hari dan mecatat alamat tempat tinggalnya di Kelantan.

 Pada suatu hari Sabtu,sebaik sahaja selesai menghadiri kuliah agama di sebuah Masjid di tengah-tengah bandar Kota Bharu,aku dengan ditemani isteri terus ke pekan Labok,berhampiran Macang untuk menemui Mak Ngah Mah. Tidak  sampai pun sejam perjalanan,walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, kami tiba di Labok pada jam 12.00 tengahari. 
                                   
Dari rumah Mak Ngah Mah,berjalan menurun bukit
                                        
Kami  melalui jalan kampung dan sesudah dua kali kami berhenti bertanya penduduk kampung lokasi yang dituju,kami akhirnya tiba di halaman rumah tempat Mak Ngah Mah menginap.

Kami di bawa ke sebuah bilik di tengah  ruang rumah kayu yang agak besar untuk menemui nya.Ketika itu ada beberapa orang tetamu di situ.Setelah memberi salam aku duduk di atas tikar dan memandang sekeliling .Tidak sabar hendak menentang mata Mak Ngah Mah.

Bersama Mak Su Mah di Macang.
Tiba-tiba aku tercengang,tergaman seketika kerana orang yang hendak aku cari tiada di situ. Aku rasa isteriku juga berperasaan sedemekian  .Hendak aku bertanya di mana agaknya Mak Ngah Mah, lidah aku menjadi kelu.  Aku merenung  wajah seorang wanita yang aku rasa Mak Ngah Mah itu,tetapi raut wajahnya kelihatan lebih muda   dan kulitnya cerah sedikit. Tetapi itu mungkin kerana perubahan iklim di Malaysia.

"Ini kah yang menalipon  dan mencari Mak Ngah Mah semalam ? "wanita itu bertanya   padaku.
"Ya, kami lah orangnya  ..." aku menjawab selamba.Hati kecil ku membisik yang wanita itu bukannya "Mak Nah Mah "yang kami cari. Kami sudah tersalah orang !

"Mak Ngah Mah akan pulang ke Malaysia selepas  musim haji ni nanti" sambungnya sambil tersenyum.Dia juga sudah pasti yang kami tersalah orang.

"Ambo ni anak angkat Mak Ngah Mah. Disini dan di Makkah ambo dipanggil Mak Su Mah  .Lusa akan berangkat kembali ke Makkah ".

Sudah jelas kami tersilap.Patutlah semasa berbual ditelefon ia  menyatakan yang dia tidak ingat namaku. Aku hanya senyum,dan cuba menyembunyikan perasaan.

"Mak Su tinggal berdekatan Masjid Jafali,tidak berapa jauh dari rumah Mak Ngah Mah."dia menyambung bicara dan kami terus berbual mengenai Makkah.
                                         
Kami menyerahkan sehelai kain sejadah  untuk disampaikan kepada Mak Ngah Mah di Makkah  dan meminta izin untuk  pulang ke Kota Bharu setelah selesai menikamati sedikit kueh dan minuman air zam-zam.

Dalam perjalanan pulang ,kami saling berpandangan dan senyum sinis.Patutlah."Mak Ngah Mah" tu  kelihatan lebih muda.Pengalaman yang sungguh melucukan.


Kami baru sedar di Kelantan panggilan nama "Mah" itu ada dua loghat yang berlainan.Pertama "Mah" dari sebutan contohnya "Rumah" dan kedua "Mah" dari sebutan contohnya "Mahkamah".

Ternyata "Mah" yang kami temui ini bukan lah " Mah" yang kami kunjungi di Makkah dulu .Walau bagaimana pun  kunjungan kami itu tidaklah sia-sia.Banyak maklumat dapat kami perolehi tentang keadaan keluarga di Makkah.

Insyallah,bila berpeluang kami akan ke Makkah lagi dan kali ini kami akan meziarahi kedua-dua "Mah" dan "Mah" !

Thursday, July 28, 2011

Pak Ngah dan Mak Ngah

Pasangan yang romantis

      Setiap kali bila aku mendengar atau melihat cerita trajedi Romeo dan Juliet, Laila Majnun,   dan seumpamanya aku teringat kisah Pak Ngah dan Mak Ngah .

       Pak Ngah adalah adik lelaki  kepada nenek aku yang selalu kami panggil  Tok Ji.Dia ditumpangkan untuk mendiami di sebuah rumah kecil di belakang rumah Tok Ji.Di rumah dua bilik yang beratapkan nipah dan berdiding buluh itu lah Pak Ngah berkongsi hidup dengan Mak Ngah,bangsa tionghua yang memeluk Islam sudah sekian lama dulu.

    Yang paling menarik tentang mereka berdua ialah  mereka tidak pernah berenggang,sentiasa mesra dan selalu bergurau senda.Walaupun ketika itu mereka sudah pun berumur hampir 60 tahun  namun,pasangan ini cukup romantis.

Saturday, July 2, 2011

Sesiapa pun tak terlepas


                                                           
Pada 27hb Jun 2011,aku menerima kunjungan seorang sahabat sejawatan.Sudah hampir dua tahun kami tidak berjumpa dan pertemuan petang itu cukup bermakna.Selain dari membawa buah salak hasil tanaman sendiri sebagai buah tangan aku juga di hadiahkan dengan sebuah buku antologi puisi yang bertajuk .'Titisan wuduk pemimpin di Tasik Pergau".mengandungi 11 puisi ciptaannya.

                                        

Saturday, June 25, 2011

Ketika itu........

Wajah seorang guru
                                                                      
   Pada tahun1960, ketika   itu aku  berada di "Form One" .Aku baru tiga tahun berpindah dari Sekolah Melayu ke sekolah Inggeris(suwasta) di Kota Bharu.Pelajar lelaki  berseluar pendek kelabu dengan baju kemeja putih manakala pelajar perempuan memakai skirt berwarna merah gelap (maroon).Suasana sungguh menarik sekali ketika kami berada dalam perhimpunan di awal pagi minggu.
 
   Di  antara guru  kami, Cikgu Nik lah (nama singkatnya) yang paling popular.Ini bukanlah kerana kejelitaannya  sahaja, tetapi ketegasan,kelembutan dan yang paling menarik kegigihannya mengajar subjek Bahasa  Inggeris.Kami benar- benar terhutang budi,kerana dalam hanya beberapa bulan kami dapat menguasai asas bahasa inggeris.Pada dua tahun pertamanya  aku mengikuti Kelas Special Malay I dan II.Ketika itu buku tek bahasa Inggeris berjudul "Look and Read" dan "Who Am I ". 

   Cikgu Nik adalah seaorang pendidik dan seorang guru.Dia bagaikan seorang ibu yang amat menyayangi  anak-anak dan mengenali setiap watak anak didiknya dengan baik.Dalam usianya yang begitu muda dia berjaya menjiwai tugasnya dan menjadi sumber inspirasi kepada kami semua.

   Pada tahun 1962,semasa di  Form 2,aku "mencuri"   belajar di kelas tingkatan 3 disebelah petang dan malam. Aku  berjaya mengisi borang untuk menduduki Peperiksaan LCE.Alhamdulillah,diantara 6 rakan yang ikut bersama,aku dan seorang lagi rakan lulus .  Pada tahun berikutnya aku melompat ke Form 4 dan pada tahun 1964 menduduki peperiksaan MCE/SC (Malaysian Certicicte of Education / Senior Cambaridge_)_.Aku berjaya mendapat Second Grade.

    Guru Besar  mempelawa aku untuk mengajar.Aku menerima pelawaannya dan mulai 1965 aku sudah bergelar seorang guru.Aku ditugaskan untuk mengajar history,sains dan Bahasa Malaysia di Standard 6,form 1 dan form 2 disebelah petang.Gaji permulaan Rm 180.00 sebulan.Lulusan  Institut Bahasa (LI) bermula dengan Rm210. Yang penting bagi aku ialah menimba pengalaman dan menjadi manusia dewasa.

   Ketika itu Cikgu Nik masih mengajar di kelas bawahan.Bagaikan mimpi ,kami menjadi rakan sekerja dan beliau terus juga memberikan aku tunjuk ajar yang amat berharga.

   Hari ini pada setiap pagi Jumaat ,ketika mengikuti kuiah agama di Medan Ilmu,aku seringkali melihat Cikgu Nik berjalan dicelah-celah barisan orang ramai  ,memilih tempat  duduk dan  melambai seraya senyum apabila sahaja ia   nampak aku bersama isteri.

   Aku  percaya, seorang guru  sejati akan terus menimba ilmu dan meralisasikan kata-kata "Belajar sepanjang hayat".dan Cikgu Nik adalah salah seorang  guru seperti itu.DIa telah mendidik aku mengikuti jejak langkahnya. Aku melihat,ramai pesara guru yang  sebaya dengannya, banyak melancong dari satu negara ke satu negara yang lain.Itulah pengakhiran hidup yang mereka pilih.

   Cikgu Nik lebih fokus kepada pengisian hidup bertaqwa dan menuntut keredaaan Allah. Itulah amalan saki baki hidupnya kini.

    Dialah seorang cikgu,seorang pendidik dan seorang penuntut yang istiqamah dengan   amalannya.

    Aku bersyukur kerana ditemukan Allah dengan seorang guru sepertinya.

   Beberapa tahun kemudian aku di tugaskan untuk mengajar di tingkatan 5 dan 6.Ia amat mencabar  aku memikuil tanggungjawab sebagai guru disiplin.

Thursday, June 9, 2011

Cerita kematian

                                                                                                                        
                                                           
           Kali ini aku terpanggil untuk menulis lagi tetapi bukan soal pelancongan,kisah diri,hobi atau perjuangan hidup,tapi tentang kematian. Biarpun adakalanya cerita tentang kamatian tidak seenak cerita sek atau cerita-cerita romantis,aku bertekad hendak menulisnya juga.

                      Masih aku ingat dengan jelas,malah selalu segar dalam ingatan hari-hari kamatian yang  datang menjenguk  ayahku di penghujung usia nya sesudah sakit berbelas-belas tahun lamanya. Zamanya yang suka berkerja    kuat,
kegigihannya turut bejuang dalam politik Islam dan minatnya membawa anak-anak  melawat serta menziarahi keluarga di kampung juga telah berakhir.

            Saban hari ia bersandar di kerusi roda melihat keluar rumah,mengagak-agak siapa  yang bakal datang  menjenguknya hari itu.Sekali sekala ia berbaring,tidur dan berehat seolah-olah menebus balik masa tidur dan  rehat  yang jarang dimilikinya semasa aktif dulu.Ia akan bangun dan mergerjakan solat sambil duduk di tepi katilnya bila tiba waktunya.

                 Di sepanjang waktu begini ,ibu lah yang menjadi teman dan pelayan setia.Makan minum ,mandi , kencing dan marahnya semua ditanggung dan diuruskan oleh ibu.  Ibu tidak  pernah berkerut  dahi   walaupun dalam keadaan
mukanya yang pucat (mungkin kerana tidak cukup tidur) ia sekali sekala  membayangkan keahampaan kerana semua anak-anak tidak tinggal serumah.Masing-masing sudah berkeluaraga dan mempunyai rumah sendiri,termasuk aku.Separuh dari lapan orang anak-anak  menetap di Kuala Lumpur.  Anak-anak akan  datang menjenguk dan berbual mesra dengan ayah,di hari minggu atau di waktu lepas kerja.

             Rasanya ,akulah  yang  kerap datang  mejenguknya beberapa hari seminggu  di saat akhir hayatnya.Gerak hatilah yang menjadikan aku begitu.Itu sememangnya dari Allah. Selalunya kami makan  bersama dan sebelum ia tidur ,
ayah banyak bercerita  mengenai pengalamanya di zaman Jepun ,tentang susurgalur keluarga dan kisah lucu (semasa berkhidmat di istana Balai Besar).

            Sudah menjadi  kebiasaan atau rutin,setiap minggu,khasnya pada malam khamis dan jumaat,selepas menghadiri kuliah agama di masjid berdekatan, aku akan singgah menjenguk ayah.

Saturday, May 21, 2011

Tirulah macam ni.......

Himpinan 10k di Padang Perdana









                        

     20hb Mei,2011,Jumaat bersamaan 16hb Jamadil Akhir 1432, adalah hari yang bersejarah bagi puluhan ribu anak-anak muda Kelantan berhimpun dalam Majlis Himpunan 10k pemuda yang di adakan di Padang Perdana ,Kota Bharu.Majlis bermula dari seawal jam 3.00  petang dan tamat menjelang 1.00 pagi yang turut di hadiri oleh Dato Bentara Setia ,Tok Guru Dato Nik Abd.Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelanatan,Ahli-ahli Exco Negeri termasuk Yb Dato Husam Musa,Yb Abd Fatah Mahmood,Yb Ahmad Baihaki,Yb Abdul Latiff Abdul Rahman dan turut disertai oleh selebriti terkenal ,Sdr Bob Lokman.
  
Membaca dan khatam Quraan
    Kemuncak himpunan ini ialah apabila puluhan ribu anak-anak muda dengan disertai ibubapa turut sama menunaikan solat Maghrib,kemudian membaca dan khatam Quraan beramai-ramai di ikuti dengan sembahyang hajat dan bermunajat.Akhirnya mereka semua duduk bersimpuh mendengar  ucapan dan saranan Yb Tok Guru.

                            



Tekun membaca  Quraan
                        
    Bayangkan masa depan negara jika puluhan ribu anak-anak muda ini,yang  di disiplinkan dengan solat,zikir dan munajat membesar dan mewarisi pemerintahan dan pentadbiran negara. Suasananya berlainan sama sekali denga himpunan  1 juta belia  yang diwarnai dengan gelak ketawa,nyanyian dan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan.Apalagi ada yang hadir dengan pakaian yang kurang sopan.
                              
Berzikir dan berdoa munajat

                             
    Dimana-mana sahaja jelas terpancar harapan dan keyakinan anak-anak muda ini,bahawa negara akan lebih selamat dan makmur  apabila tangan-tangan yang memerintah  adalah mereka yang berjiwa agama,bertaqwa dan berpegang pada amalan jihad.


Menurun tandatangan di kain rentang putih
  
     Ribuan anak-anak muda ini turut juga menurunkan tandatangan di kain putih yang direntang di sekeliling Padang Perdana untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti minyak Kelantan.


                             
Jom tandatangan !
      Apakah Boleh keadaan atau suasana begini diwujudkan di tempat tempat lain.Dan berbaloikah jika pada sebelah siangnya manusia  menipu,melakukan kezaliman dan fitnah manakala di sebelah malamnya sujud dan bermunajat kepada Allah.
Lautan pemuda dibawah sinaran lampu
                          
    Sesungguhnya,dalam Islam tidak ada amalan "Double Standard"
   



Pemudi yang ikut serta
     Hanya biawak atau buaya sahaja yang sekejap berada di air,sekejap di daratan.Lidah biawak pula bercabang dan badannya selalu  bersalut dengan kekotoran lumpur . Janganlah  ditiru gaya hidup begini.

Tirulah gaya anak-anak muda yang berhimpun tadi.

Friday, May 6, 2011

Dimana kan ku cari mufti.......


Mufti yang tegas dan berani
                                                            
       Sudah dua bulan lebih kisah video lucah telah tersebar sama ada di dalam media cetak mahupun di media siaran. Kini ia telah tertumpu pula  kepada acara "Sumpah Laknat" oleh Trio Dato "T"  

       Impaknya sungguh besar. Mentaliti dan pandangan orang ramai  terus  dicemari oleh kritikan,komen dan pendapat serta pandangan   yang melampau  tanpa mengira  etika penulisan apalagi hukum hakam dalam Islam.

       Konflik mental dan moral ini perlu penyelesaian segera.Ia perlu di hentikan tanpa mengambil kira benar atau tidaknya  skandal sedemekian.

       Sebenarnya dalam soal ini siapakah atau pihak manakah yang boleh membetulkan atau mententeramkan keadaan.Suara dan saranan   ulama, tok-tok guru ,ustaz-ustaz dan cerdik pandai sudah banyak diluahkan,namun keadaan nampaknya semakin  punah.

      Tinggal lagi mufti untuk bersuara !

      Tetapi di mana hendak dicari  muftinya. Dari selatan sampai ke utara dan dari Timor hingga ke Barat Semenanjung Malaysia, suara mufti  tidak kedengaran. Ramai yang  membisu  dan membiarkan rakyat membuat andaian dan keputusan sendiri.Walau pun ada seorang dua bersuara namun yang lain terus juga membisu!

        Di Indonesia,Pak Hamka lantang bersuara menegur pemerintah dan akibatnya beliau di penjara oleh rejim Sukarno.Begitu juga Hassan Al-Bana di Mesir.

        Seandainya jika semua mufti yang ada bersatu mengeluarkan kenyataan atau fatwa berhubung dengan video lucah itu,kekeliruan  serta kekalutan yang berpanjangan itu boleh diakhiri.

        Rakyat  tetap menghormati  mufti.

Friday, April 15, 2011

Jika sudah tidak malu lagi

      
                         
                                                          
Sebulan lalu ,kita dikejutkan dengan peristiwa Tsunami yang melanda Jepun.Beribu-ribu rakyatnya terkorban dan  berbillion harta negara  dan rakyat musnah.

Malaysia juga dikejutkan oleh malapetaka yang  hampir serupa, iaitu Tsunami video lucah!

Saban hari rakyat dihidangkan dengan berita,cerita,gambar dan komen-komen mengenai video lucah sehingga ramai  yang hilang pertimbangan dan tidak dapat membezakan antara  yang benar dengan yang batil.

Apalagi jika  cerita dan adegan lucah yang dipaparkan  dimanipulasi dan dipenuhi kepalsuan!!.

 Jelas kepada umum,Malaysia yang serba boleh telah berjaya melahirkan produser,pengarah
pengiklan dan  promoter video lucah terhebat kerana pengamal undang-undang negara tidak "berani"mengambil tindakan segera yang sewajarnya ke atas mereka.

Natijahnya kita melihat media cetak mempromosikannya di halaman akhbar mereka,media siaran  menayangkannya kepada umum  secara terbuka.Malah sudah ada  dimuaturunkan ke dalam"You Tube".Seluruh dunia mula menyaksikan kehebatan karya jaguh-jaguh yang berlindung di sebalik title"Dato".

 Apa yang terjadi tidak lagi penting,yang pentingnya sekarang apa yang akan terjadi pada rakyat yang  sepatutnya diajar dengan nilai-nilai kamanusiaan,moral dan ketinggian peribadi. Apalagi nilai2 agama Islam yang  murni!

 Rata2 kita mulai melihat ramai yang sudah tidak tahu "MALU".Secara terbuka  dan terus terang bercakap mengenai adegan lucah.Di dalam kedai kopi,di pasaraya,di jalanan,di halaman-halaman sekolah (melibatkan murid- murid  sekolah),malah sampai ke dalam masjid !

  Sindrom "Tidak malu" ini telah mula merebak di seluruh negara.Pucuk pimpinan negara tidak pula membuka  mulut,melarang,menegur atau memujuk rakyat supaya tidak keterlaluan dengan menonton atau berbicara  mengenai video lucah. 
Jika bapa sudah tidak berani menegur anak-anak,itu pertanda si bapa telah kehilangan auranya sebagai bapa. Sungguhn meyedihkan !

  Jelas seperti kata SUARAM ; "Sexualised politicking is low,shamful and insult to dignity and humanity of all Malaysians !"

Friday, March 4, 2011

Lagenda "Kota Bijaksini"

Lambang kemewahan
                                                         
""   Kota Bijaksini  "

Falsafah negara:  " Rakyat dibuahhulukan,pencapaian dicengkam "
                          * Kemewahan diutamakan , kebajikan dikemudiankan"
Rakyatnya terdiri dari:

Memanda menteri  berjawatan tinggi/profil tinggi
Para menteri  (kaya raya)
Dato penasihat { termasuk bukan warga negara)
Hakim hakam
Bendahara
Temenggong
Bendahari
Ahli Nujum
Tukang-tukang bodek.
Rakyat jelata (Bawahan) ramai yang kena cucuk hidung.

 Kota pesat membangun,kemewahan di sogokkan,kebebasan anak-anak muda dijamin,remaja digalakkan bercampurgaul  dan menikmati konsep hedonisma.Sikap  permisif para pemimpin serta pembesar disanjung.dan dianugrah pelbagai gelaran serta bintang kebesaran

Monday, February 21, 2011

Sehari di resort adik kandung.



Suasana laut di awal pagi
                                                                                            
   Sudah begitu lama aku tidak ke Sudara Beach Resort di Telong,8 km dari Tok Bali meskipun jarak resort itu dari  rumahku tidaklah  begitu jauh.
                                                 
Di dalam "Dorm"
                                                                                                                                             

  Hari itu,Khamis 3hb Mac 2011 bersamaan 29hb Safar.1432,sempena cuti Tahun Baru Cina,anak-anak dan cucu berkumpul.Mulanya mereka  merancang hendak ke Trengganu tetapi aku mencadangkan Sudara Beach Resort kerana perjalanan ke situ hanya akan memakan masa setengah jam sahaja dari rumahku .Lagipun resort itu kepunyaan adik kandung aku sendiri.
                                                                            
Bermain dengan siput dan anak ketam
 
  Disebabkan kesemua bilik resort telah dipenuhi,kami akur dengan tawaran dua bilik "Dorm".Tiap-tiap satunya mempunyai lima "double decker".Yang penting ianya hanya untuk tidur dan meyalin  pakaian mandi.Keselesaan seperti yang terdapat dibilik-bilik  resort lain seperti tv dan beranda tidak terdapat di dorm.Sistem hawa dingin yang dibekalkan sudah memadai.
Menghirup udara segar
                                                                               
Anak-anak perlu juga belajar sekali sekala menerima konsep hidup sedarhana.
Relek bersama anak
   Kedua-dua anak perempuan kami bersama dengan keluarga masing-masing telah bertolak awal tengahari khamis.Aku dan isteri bertolak ke resort itu  pada jam 9.30 malam selepas selesai menghadiri kuliah di masjid.
Bebas bermain di  pasir
        Malam itu  tiada aktiviti.BudaK-budak tidur lebih awal kerana keletihan Hampir sepetang itu mereka berendam di kolam renang.
Banyaknya siput
                                                            
Keesokan paginya,setelah selesai solat subuh di masjid yang dibina khas oleh pihak resort  dan  dihubungkan dengan sebuah jambatan besi,aku terus mengejutkan  budak-budak yang masih kesejukan supaya  bersiap sedia untuk ke tepi pantai.

           Di awal pagi itu,kami berpelisiran di tepian pantai sambil menghirup udara segar dinihari. Suasana memang indah dan mempersonakan (Ini tidak terdapat di Port Dickson  atau di Langkawi).Anak-anak bermain ,mengutip siput dan mengejar anak-anak ketam yang  masih kecil .Walaupun laut masih berombak,tetapi ia membadai pantai yang landai dengan lilihan air laut yang nipis dan lembut.

Kesejukan selepas mandi di kolam
                                                      
Sekembalinya dari pantai,anak-anak bermain di kolam renang,mandi manda dengan hilai ketawa.
Di kolam renang,
                                                       
Itulah yang mendamaikan jiwa kami. Dan itulah yang membuatkan kami  merasai bagaimana nikmat dan indahnya alam cciptaan Allah .Ia dapat memberi manfaatnya.Kami merasai cukup relek.
Di luar bilik "Dorm".Kelihatan jambatan besi untuk ke masjid.
                                                                          
Sayangnya,di tempat lain masih terdapat pantai-pantai yang  terlalu kotor dan berbau  bukan sahaja oleh sampah sarap tetapi dicemari oleh tin-tin kosong dan botol-botl arak yang ditinggalkan para pengunjung ,terutamanya dari kalangan para remaja dan anak-anak muda . Mereka telah menyalahgunakan keindahan pantai ciptaan Allah.
                            
Disinari  matahari pagi
                                                                
Senario begini tidak terdapat di Pantai Sudara Beach Resort !