Followers

Saturday, June 25, 2011

Ketika itu........

Wajah seorang guru
                                                                      
   Pada tahun1960, ketika   itu aku  berada di "Form One" .Aku baru tiga tahun berpindah dari Sekolah Melayu ke sekolah Inggeris(suwasta) di Kota Bharu.Pelajar lelaki  berseluar pendek kelabu dengan baju kemeja putih manakala pelajar perempuan memakai skirt berwarna merah gelap (maroon).Suasana sungguh menarik sekali ketika kami berada dalam perhimpunan di awal pagi minggu.
 
   Di  antara guru  kami, Cikgu Nik lah (nama singkatnya) yang paling popular.Ini bukanlah kerana kejelitaannya  sahaja, tetapi ketegasan,kelembutan dan yang paling menarik kegigihannya mengajar subjek Bahasa  Inggeris.Kami benar- benar terhutang budi,kerana dalam hanya beberapa bulan kami dapat menguasai asas bahasa inggeris.Pada dua tahun pertamanya  aku mengikuti Kelas Special Malay I dan II.Ketika itu buku tek bahasa Inggeris berjudul "Look and Read" dan "Who Am I ". 

   Cikgu Nik adalah seaorang pendidik dan seorang guru.Dia bagaikan seorang ibu yang amat menyayangi  anak-anak dan mengenali setiap watak anak didiknya dengan baik.Dalam usianya yang begitu muda dia berjaya menjiwai tugasnya dan menjadi sumber inspirasi kepada kami semua.

   Pada tahun 1962,semasa di  Form 2,aku "mencuri"   belajar di kelas tingkatan 3 disebelah petang dan malam. Aku  berjaya mengisi borang untuk menduduki Peperiksaan LCE.Alhamdulillah,diantara 6 rakan yang ikut bersama,aku dan seorang lagi rakan lulus .  Pada tahun berikutnya aku melompat ke Form 4 dan pada tahun 1964 menduduki peperiksaan MCE/SC (Malaysian Certicicte of Education / Senior Cambaridge_)_.Aku berjaya mendapat Second Grade.

    Guru Besar  mempelawa aku untuk mengajar.Aku menerima pelawaannya dan mulai 1965 aku sudah bergelar seorang guru.Aku ditugaskan untuk mengajar history,sains dan Bahasa Malaysia di Standard 6,form 1 dan form 2 disebelah petang.Gaji permulaan Rm 180.00 sebulan.Lulusan  Institut Bahasa (LI) bermula dengan Rm210. Yang penting bagi aku ialah menimba pengalaman dan menjadi manusia dewasa.

   Ketika itu Cikgu Nik masih mengajar di kelas bawahan.Bagaikan mimpi ,kami menjadi rakan sekerja dan beliau terus juga memberikan aku tunjuk ajar yang amat berharga.

   Hari ini pada setiap pagi Jumaat ,ketika mengikuti kuiah agama di Medan Ilmu,aku seringkali melihat Cikgu Nik berjalan dicelah-celah barisan orang ramai  ,memilih tempat  duduk dan  melambai seraya senyum apabila sahaja ia   nampak aku bersama isteri.

   Aku  percaya, seorang guru  sejati akan terus menimba ilmu dan meralisasikan kata-kata "Belajar sepanjang hayat".dan Cikgu Nik adalah salah seorang  guru seperti itu.DIa telah mendidik aku mengikuti jejak langkahnya. Aku melihat,ramai pesara guru yang  sebaya dengannya, banyak melancong dari satu negara ke satu negara yang lain.Itulah pengakhiran hidup yang mereka pilih.

   Cikgu Nik lebih fokus kepada pengisian hidup bertaqwa dan menuntut keredaaan Allah. Itulah amalan saki baki hidupnya kini.

    Dialah seorang cikgu,seorang pendidik dan seorang penuntut yang istiqamah dengan   amalannya.

    Aku bersyukur kerana ditemukan Allah dengan seorang guru sepertinya.

   Beberapa tahun kemudian aku di tugaskan untuk mengajar di tingkatan 5 dan 6.Ia amat mencabar  aku memikuil tanggungjawab sebagai guru disiplin.

                                                                                  
    Suatu ketika, tiga orang pelajar lelaki dihadapkan ke badan disiplin kerana dikatakann "menggunakan ganja" di  rumah sewa.Setelah disoalsiasat mereka mengaku bersalah dan dijatuhkan hukam rotan di khalayak ramai.

    Keesokan paginya,  di hadapan perhimpunan umun.Ketiga-tiganya di sebat dengan rotan sebanyak enam sebatan seorang.

 
   Ketika itu suasana sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi sebatan bertalu-talu.Sebaik sahaja  hukuman  selesai dijalankan salah seorang pelajar yang menerima hukuman tadi meminta izin untuk naik  ke  pentas dan terus berucap dengan linangan airamata ,meminta ampun dan maaf  kepada semua guru dan para pelajar atas kesalahannya.Ia benar- benar menyesal.Aku melihat ramai pelajar perempuan tidak dapat menahan sebak dan menangis.Ada  juga guru perempuan ikut mengalirkan airmata.

  Sehingga sekarang aku masih  dapat mengingati setiap detik peristewa di perhimpunan pagi itu.

  Ia jelas menunjukkan  peranan guru selaku pengajar dan pendidik benar-benar memberikan impak yang kukuh.Para pelajar boleh menerima dan memahami tugas dan tindakan seseorang guru.

   Jikalah hukuman sedemikian berlaku hari ini,guru-guru yang terlibat dengan   kes itu sudah pasti di seret ke mahkamah oleh keluarga pelajar atau mereka mungkin menerima tindak balas fizika.  Paling tidak ,ditukar ke sekolah lain.

   Hari ini keadaan sebaliknya dan ini mungkin  disebabkan sebahagian guru hanya mengajar ,mengejar pangkat dan "makan gaji"sahaja.Tugas mendidik dikesampingkan.

    Itu lah sebabnya barangkali Idlan Zakaria ,seorang guru yang menulis dalam satu forum di dalam Malaysian Insider berkata.;  ".Dalam hati dan kepala saya, gelaran cikgu itu suatu penghormatan. Suatu pengakuan masyarakat akan kontribusi ikhlas insan yang tidak kenal penat lelah. Gelaran yang mengangkat martabat seorang pendidik lebih dari sekadar penyampai bahan pelajaran."

"Sebab itulah, dalam hati saya, saya bukan cikgu. Saya tidak layak dan tidak mampu menjadi cikg--u. Tetapi saya di sini hari ini, kerana cikgu-cikgu saya."

   Ketika itu saya teringat pesan guru,"Make teaching your last resort"

  

2 comments:

  1. assalamualaikum...

    apa yg penting "keikhlasan di jiwa" ...

    ReplyDelete
  2. ..w..a..k..mussalam,
    Terima kasih Ummi,
    "Keikhlasan di jiwa" itu pula boleh banyak dikategorikan...Bagaimanapun semuanya bermula dengan "niat".....betul dan bulatkan niat,jangan timbang2 sudahlah....

    ReplyDelete