14 Disember,2009 ,bersamaan 27 Zulhijjah 1430 (Isnin)
( Hari ketiga di Madinah) Mulai jam 7.00 pagi ,kami telah pun berada di dalam bas yang terletak di hadapan pintu masuk Hotel Al Haram ,bersedia untuk memulakan aktiviti ziarah luar Madinah.
Masjid Quba
Tepat pada jam 7.20,bas bergerak keluar dan destinasi pertama ialah melawat Masjid Quba yang terletak 2.3 kilometer ke selatan dari Masjid Nabawi.Masjid ini adalah yang pertama di bangunkan oleh Rasulullah.Pada tahun 1986 ia telah diubahsuai dan di perbesarkan lagi oleh Raja Fahd Ibn Raja Abd Aziz. Ia boleh menampuing 20,000 jemaah.
Bergembar kenangan di luar masjid Quba
Rasullullah pernah bersabda," Barang siapa pernah berwuduk di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba dan mendirikan solat dua rakaat di dalamnya,maka bagi nya sama dengan pahala umrah" (Ibn Majah/1412)
Kami bersolat di dalam Masjid Quba dan sempat bergambar disekitarnya sebelum bertolak ke Ladang Kurma tidak jauh dari situ .
Di Ladang Kurma
Di ladang kurma kami dibenarkan mengambil dan makan berbagai jenis kurma secara percuma serta dihidangkan teh panas. Namun kami tidak banyak membeli kurma kerana harganya mahal sedikit berbanding dengan di Pasar Kurma.
Di kaki Bukit Uhud
Kami kemudian bertolak ke utara menuju Bukit Uhud yang bersejarah (terletak 4 kilometer dari Madinah) .dan tiba di situ hampir jam 9 pagi.Beribu-ribu pelawat sudah pun berada di sekitar bukit Uhud pada masa kami tiba.Kami dipandu oleh seorang mutawif (seorang penuntut universiti Madinah yang berasal dari Shah Alam).untuk menziarahi makam Syuhada sambil mendengar sinopsis Perang Uhud..
Mendengar kisah Perang Uhud
Ramai diantara kami tidak dapat menahan sebak,dan mengalirkan air mata ketika mendengar bagaimana gugurnya 70 orang syuhada termasuk bapa saudara nabi, Sayidina Hamzah.
Jabal Rumat yang menempatkan pemanah tentera muslimin
Di luar halaman makan Syuhada para pelawat berdoa dan sebelum beredar sempat membeli kurma yang dijual di situ dengan harga yang lebih murah..
Masjid Fath di Jabal Sal
Kami kemudian bertolak kembali ke Medinah dengan melalui Masjid Qiblatain. (kami tidak turun dan bersolat disitu,kerana mengikut mutawif tidak ada fadilat berbuat begitu ). Begitu juga kami hanya melalui kawasan Perang Khandaq dan melihat masjid Al Fath (di Jabal Sal, di mana Rasululah berdoa selama tiga hari semasa menghadapi musuh) dari dalam bas sahaja.
Kami kembali ke hotel sekitar jam 10.15 minit pagi.
Sesungguhnya lawatan dan ziarah luar tadi banyak meninggalkan kesan keatas jiwa dan mental kami.