Tetamu Istemewa |
Tanggal 16 Oktober ,Sabtu 2010 Jam 5.00 petang akan tetap di ingati kerana itulah saat kami dikunjungi oleh seorang tetamu istimewa.Itu adalah kunjungan buat pertama kalinya ke kediaman kami.
Pertama kali kami melihatbya ,ialah pada 25hb Julai 2010 di Pusat Perubatan An Nisa,Kota Baharu. Itu adalah hari lahirnya Muhammad Ezzaz Mustaqim.
Dari semenjak tarikh itu,kami berulang alik selama lebih dua minggu menemai dan memandikanya setiap pagi.Kini usianya telah menjangkau tiga bulan.
Setelah hampir tiga bulan,Muhammaad Ezzaz Mustaqim akhiarnya muncul
dipintu rumah kami bersama ibu dan kakak-kakaknya.Ia sungguh ceria dan banyak berkata-kata (bersuara) seolah-olah bertanya khabar dan melepaskan rasa rindu kerana sudah beberapa hari kami tidak mengunjunginya.
Kunjungan pertama kali itu sungguh bermakna dan nostalgik buat kami yang dipenggil "Tok Ma" dan "Tok Ayah".Suasana mesra dan aman dirasai.
Kami tinggal berdua sahaja kerana anak-anak sudah cukup dewasa,berjawatan dan sudah mempunyai rumah dan keluarga masing masing. Sedikit sebanyak kedatangan mereka mengubati rasa rindu dan sunyi kami berdua.Hilai ketawa,laungan dan teriakan anak cucu pastinya menghiburkan.
Ini mengingatkan kami,membawa balik kenangan lama semasa kami mula-mula mendirikan rumah tangga.Kedua-dua orang tua kami,baik dipihak suami mahupun dipihak isteri seringakali menunjukkan wajah gembira setiap kali kami menziarahi mereka sama ada di Kota Bharu atau di Rantau Panjang.Ibuku , begitu juga ibu mertuuaku selalu gopah gapah menyiapkan makanan atau hidangan kegemaran kami, nasi kerabu dan pulut pagi.
.Mengingatkan kembali semuanya ini,kami jadi sebak.Siapa yang tidak dapat menyelami perasaan ibu bapa ketika itu. Perasaan halus,lembut dan ikhlas mereka melayani kunjungan kami. Lebih-lebih lagi ketika kami bersama anak-anak. Cucu mereka.
Riang bersama Tok Ma |
Kini perasaan dan sikap itu lah juga yang kami warisi dari mereka.(Yang semuanya telah lama kembali kepada tuhannya).Alangkah bahagia bila berada diusia yang lebih separuh abad ini,kami masih berpeluang bermain,bergurau dan bermanja dengan anak dan cucu.Anugerah Allah yang tidak semua orang dapat menikmatinya!
Masih terbayang bagaimana wajah lesu ibu atau mertua yang sedang duduk ditangga tiba-tiba bertukar menjadi ceria sebaik sahaja melihat kami tiba untuk menziarahi mereka.Tidak terlukis suasana ketika itu.
Kami bertuah kerana hari ini masih ramai ibu-ibu yang seringkali dibelenggu kesunyian,tidak dikunjungi anak-anak yang sudah dewasa dan berjawatan.Mereka jauh di mata dan jauh juga di hati !
Sayangnya,masih ramai anak-anak muda kita mula melupuskan sejarah dan kenangan kelurganya .
Kasih dan sayang ibubapa dianggap sudah menjadi perkara yang silam.