Di dalam khemah di Mina
Hari ke 16
10hb Zulhijjah,1430 , bersamaan 27.November,2009 (Jumaat)
Kami telah pun berada di Mina,dan pada tengah malam (Jam 2.-30 pagii) dengan dipandu oleh petugas-petugas LTH ,kami ke tempat melontar..,Jaraknya ialah 3 kilometer lebih. Keadaan dalam terowong menghala ke tempat melontar penuh sesak,tetapi perjalanan lancar dan tidak ada gangguan..Kami melontar di Jamrah Kubra. l
Kami telah pun berada di Mina,dan pada tengah malam (Jam 2.-30 pagii) dengan dipandu oleh petugas-petugas LTH ,kami ke tempat melontar..,Jaraknya ialah 3 kilometer lebih. Keadaan dalam terowong menghala ke tempat melontar penuh sesak,tetapi perjalanan lancar dan tidak ada gangguan..Kami melontar di Jamrah Kubra. l
Di dalam terowong
Esoknya (pagi Jumaat)selepas solat subuh (7.30 pagi) kami ke tempat melontar untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah iaitu di Jamrah Sughara,usata dan Kubra.
Menuju ke tempat melantar
Pada awal pagi sabtu, (11hb Zulhijjah) jam 6.45 pagi kami terus pergi melontar di ketiga-tiga jamara buat kali kedua .dan begitulah juga pada awal pagi esoknya (Ahad, 12 Zulhijjah) kami melakukan lontaran ketiga di kesemua Jamrah.
Dalam kawasan melontar
Kami telah mendaftarkan diri untuk Nafal Awal dengan pihak Tabung Haji,dan sekembali ke ke khemah kami bersiap-siap untuk meninggalkan Mina dan pulang ke Makkah.
Tapat jam 10 pagi kami bertolak meninggalkan Mina dan tiba di hotel penginapan di Makkah pada jam 11.30 pagi.
13 zulhijjah,1430bbersamaan 30hb November.2009 (Isnin)
Kami tidak ke Mesjidi Haram hari ini (aku kuarang sihat) dan berehat di hotel sepanjang hari.Namun mulai jam 9.00 malam kami bersiap sedia untuk ke Masjidi Haram bagi melaksanakan Tawaf Ifadah dan Sa'ie .Dengan izin Allah, mulai dari jam 9.30 malam sehingga 2.30 pagi , kami telah meyempurnakan Tawaf dan Sa,ie . .Kami sudah bergelar Haji dan Hajjah ! ,.Syukur Alhamdullillah !
Di sepanjang masa kami berada di Mina,kami menempuh berbagai dugaan.Semuanya memerlukan kesabaran serta toleransi sepenuhnya
Antaranya:;
Di dalam khemah jemaah wanita
- Berkongsi ruang yang terhad di khemah untuk limabelas orang jemaah.
- Berada dua jam lebih awal di bilik tandas untuk mandi dan berwuduk dan terpaksa berbaris menunggu giliran.Masa yang diperuntukkan ialah di antara 1 hingga 3 minit.
- Terpaksa menjemput dan menemani isteri untuk ke bilik air setiap waktu (beliau sukar mengingati arah khemah penginapannya.)
- Ada kalalanya terpaksa mengambil wuduk dengan menggunakan air dalam botol kecil.
- Berjalan kaki sejauh lebih 3 kilomeeter untuk ke tempat melontar.
- Menghadapi risiko berhadapan dengan penyeluk saku.(Isterikau kehilangan handfonnya ketika pulang dari melontar angkara penyeluk saku)
Disamping itu terdapat juga peristewa manis yang kami alami;
- Suatu ketika ,semasa kami menuju ke tempat melontar dan berada lebih kurang 100 meter dari jamrah pertama,aku menghitung anak-anak batu di dalam pundi kain di tangan,dan setelah 21 biji batu aku hulurkan kepada isteriku,baki yang ada aku rasai tidak mencukupi untuk aku buat lotaran.Aku jadi bimbang .
Tiba-tiba seorang lelaki mencuit bahu aku.Sebaik sahaja aku menoleh kepadanya ia memberi isyarat sambil menghulur pundi kainnya yang penuh berisi batu.Aku membuka pundi kain ku dan menghulurkan kepadanya.Beliau dengan pantas mencurahkan ketulan kecil anak-anak batu sehingga memenuhi pundi kainku...Belum pun sempat aku mengucapkan terima kasih beliau telah berlalu dengan cepatnya.. Allahuakbar.! Allah Maha pengasih !
Dialam perjalanan pulang ke khemah aku tertanya-tanya isterku, adakah "orang " tadi manausia atau pun melaikat. Allah sahaja ayang Maha mengetahui!
- Dalam perjalanan pulang denga bas ke Makkah dari Mina,kami berdiri kerana tiada tempat duduk..Isteriku sedikit keuzuran.Tiba-tiba seorang lelaki bangun dan memberi laluan kepada istereiku untuk duduk.Alhamdullilah!
(Aku teringat semasa dalam perjalanan ke Arafah tempoh hari,aku bangun berdiri untuk membolehkan seorang wanita duduk di sebelah isteriku).Aku yakin Allah terus membalas kebaikan dengan kebaikan.
Allah Maha penyayang !
Allah Maha penyayang !