Di hadapan pintu King Abd Aziz
Mulai awal Disember, kami mula keluar untuk"shopping" sedikit sebanyak,khususnya membeli bahan-bahan untuk dijadikan cenderahati bagi sanak saudara dan sahabat handai..Masa adalah begitu terhad.
Di masjid Tana'eim
Dengan berbaki 12 hari lagi sebelum kami meninggalkan Makkah untuk Ke Medinah,banyak masa kami tumpukan untuk melakukan ibadah Umrah.Bermula pada hari yang ke 22, 3hb Disember 2009 bersamaan 16 Zulhijjah (Khamis) kami ke Taneim sebelum wakatu Asyar.Kami melakukan tawaf dan Saei umrah selepas solat asyar dan berada di Masjidi Haram untuk solat Maghrib dan Isya.
Bersama anak kecil Arab yang comel
Di tempat saei
Kami pulang ke hotel biasanya sekitar jam 11.00 pagi untuk berehat dan bersiap-siap bagi menunaikan solat zohor.
Suasana ketika tawaf
Kepenatan sesudah selesai tawaf dan terlena dipangkuan suami
Kami melakukan Tawaf Widak pada jam 3.00 pagi .Setelah selesai solat subuh (Dihotel) dan mengambil sarapan pagi,kami menunggu di ruang lobi dan tepat pada jam 8.30 pagi kami berangkat dengan bas meninggalkan hotel Dar-Al Jandariah.

Bas menuruni bukit perlahan-lahan. Ketika itu Jelas terbayang di kebanyakan wajah para jemaah, persaan sayu dan hiba bila meninggalkan Kota Suci Makkah.
Tengah hari itu kami sudah pun berada di padang pasir menuju Madinah !