Followers

Saturday, February 21, 2009

Aku dengar.....aku lihat ... &.....aku menangis...

Kaki yang berlumuran darah

Gugur setelah dadanya ditembusi peluru!



Anak--anak kecil yang tidak berdosa



Adik yang comel gugur sebagai syuhadah.

Pada hari Jumaat tanggal 20hb.Februari,2009 bersamaan 24hb Safar 1430 , aku dan isteriku seperti biasanya..ke Masjid Langgar,Kota Bharu bagi menunaikan solat berjamaah dan seterusnya mengikuti kuliah maghrib.

Ini adalah jadual tetap mingguan kami. Dan selalunya begitulah , kami bertukar-tukar masjid.Pendek kata,di Kota Bharu terdapat banyak program kuliah atau ceramah agama selepas solat maghrib pada setiap malam.Kami terpaksa mengatur program dan menyediakan jadual yang ketat.

Pada malam Sabtu itu , satu program khas telah di atur iaitu Ceramah Perkembangan Mutakhir Palestine (Gaza) akan diadakan selepas solat maghrib.Penceramahnya ialah Ybrs Dr.Jamnul Azhar b Mulkan.Beliau adalah Ahli Majlis Perunding Pakar..

Awal-awal lagi para jamaah jauh dan dekat telah memenuhi mesjid Langgar. Kami seperti biasa tiba 15 minit sebelum masuk waktu solat.

Ceramah dimulakan sejurus setelah selesai solat maghrib.

Penceramah,Dr Jamnul Azhar memperkenalkan diri dan dari awal-awal lagi para hadirin,muslimin dan muslimat duduk dengan penuh perhatian .Semuaya sepi , menanti dan menumpukan perhatian kepada skrin besar disebelah penceramah.

Dr Jamrul Azhar telah berangkat ke Gaza,Palestin baru-baru ini bersama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan negara) dan mereka berada disana selama empat hari ,iaitu dari 22hb sehingga 26hb,Januari,Tugasnya adalah untuk merawat dan melakukan pembedahan keatas mangsa-mangsa kekejaman Israel .

Ceramah beliau ini merupakan 'First hand coverage" tentang perkembangan mutakirr di Gaza.

Berikut adalah rententan penerangan dan tontonan yang kami lalui::

1., Dr.Jamnul Azhar dan rakan-rakan tiba di Gaza,dan disambut penuh mesra oleh pegawai-pegawai tinggi Hamas,termasuk Menteri Kesihatan Hamas.,Dr Bashir Abu Naim..Suasana persaudaraan jelas dirasai.Kemudian diadakan taklimat dan mesyuarat tentang keadaan dan suasana perubatan.Doktor dari seluruh dunia hadir temasuk seorang doktor muslim berbangsa Russia.

2. Dari gambar-gambar slide bilik pembedahan. di Hospital Darul Syifa dapat dilihat Pakar-pakar bedah dan sebagainya berkongsi bilik.Keadaan nampak seperti gerai-gerai menjual daging!Mayat dan mangsa-mangsa yang cedera parah dengan darah merah dibadan jelas kelihatan.

3. Dr Jamnul sedang melakukan pembedahan,keatas seorang kanak-kanak Palestin yang berumur 10 tahun untuk mengeluarkan empat biji peluru yang terbenam dalam badannya.Gambar jelas menunjukkan peluru yang mengadungi fosforos putih terus membakar daging kamak-kanak berkenaan.Asap putih kelihatan masih keluar di celah-celah daging badannya.Kanak-kanak itu gagal diselamatkan

3 Dr Sheikh Muzaaphar (pakar tulang) melakukan pembedahan untuk mengeluarkan tulang yang remuk dari tangan seorang mangsa dan digantikan dengan besi.

4 Para hadirin diperlihatkan keadaan mangsa serangan Yahudi di Gaza.: Kaki-kaki yang putus dengan daging berkecai,tubuh-tubuh mangsa yang ditembusi peluru, kepala yang terkena tembakan peluru dari kereta kebal Israel, anak-anak comel yang mati bergelimpangan',cebisan daging dari anggota badan manusia dan berpuluh-puluh lagi gambar yang cukup mengerikan penonton.

Ada ketikanya , terdapat para hadirin yang tunduk ,tidak tergamak untuk melihat penderitaan rakyat Gaza.yang kebanyakan nya berlumuran darah. Di sekelilingku , aku lihat ramai yang mula mengalirkan airmata Kedengaran tarikan nafas panjang di sana sini. Aku juga tidak dapat menahan sebak.....air mata mengenangi mataku...tanpa malu dan tanpa menoleh kepada orang lain aku juga mula menangis ! Ya Allah !,perasaan apakah yang sedang kami alami dan lalui ketika itu........Terasa benar yang mati dan menderita itu adalah saudara-saudara kami juga!

5. Kami juga di pertontonkan dengan beberapa para penjuang yang syahid .Wajah-wajah mereka kelihatan seperti sedang tidur lena.Air muka mereka semuanya nampak tersenyum. Ada syahid iaitu Ketua Polis Gaza yang bernama Taufik kelihatan hampir hangus kerana terkena bom dari kapal terbang Israel.Hanya kepala dan sebahagian atas badannya. sahaja yang tinggaLWajahnya masih kelihatan ceria

.Dr Jamnul sendiri sempat menghadiri pengebumian jenazah salah seorang pemuda yang syahid. dan menyaksikan satu kejadian yang anih.Beliau dikebumikan di Bek Hanum disebelah kubur bapanya yang telah syahid pada tahun 1989,,lebih duapuluh tahun yang lalu.Semasa perkerja mengali kubur, mata cangkul terkena jari mayat bapanya.Darah mengalir keluar dari jarInya.Allahhuakbar! Yakinlah orang-orang yang mati syahid itu sebenarnya tidak mati !

.
6. Anak-anak di Gaza yang kehilangan ibubapa mereka, ditempatkan di rumah anak-anak yatim .Dr. Jamnul menziarahi mereka. yang ditempatkan di Taal Sultan.Kami melihat gambar-gambar seabahagian dari anak-anak yatim itu.Ada seorang anak perempuan yang comel ,yang dikenali sebagai Raddil,,.Dr Jamnul menceritakan yang gadis itu adalah kembar kepada abangnya yang bernama Jaddil.Kedua-dua ibubapanya dan adaik-beradiknya yang lain telah mati dibunuh tentera Yahudi.Beliau berdua sempat disembunyikan ibunya di dalam almari pakaian.Beliau keluar dan diselamatkan dua hari kemudian!Gadis itu menangis tidak mahu melepaskan tangan Dr.Jamnul....suasana sungguh pilu dan sayu....

Ramai yang melihat wajah dan mata gadis itu dan anak-anak yang lain di Gaza tidak dapat menahan rasa pilu.Mereka bagaikan anak-anak atau adik kami sendiri.Ramai yang mengalirkan airmata. Dan aku pun .....menangis juga lagi....

7 Kami juga di perlihatkan dengan mayat lebih kurang lima puluh orang penduduk Gaza di Bek Shamu yang dikumpulkan dan kemudian dibakar sehingga rentung oleh tentera Yahudi. didalam sebuah rumahSemuanya hangus terbakar sehingga tidak dapat dikenalpasti wajah dan bentuknya.

8 Bahagian belakang hospital dimana Dr Jamnul Azhar dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar sedang bertugas di bom kapal terbang Israel.Para dokotor dan perkerja yang ada di dalam bangunan diarah keluar.Kami lihat Dr Sheikh Muszaphar masih berpakaian hijau (baju bedah)di luar bangunan bergambar bersama-sama Dr Jamnul.

9. Bandar Gaza kebanyakannya telah musnah teruk,namun para penjuang Gaza dengan pakaian hitam mereka cukup memberi semangat.Kami hanya nampak mata mereka sahaja.Kepala mereka dililit kain dengan perkataan jihad dan ayat suci tertera di atasnya.Tidak terbayang rupa takut di wajah para penjuang Hamas. Sinar mata menunjukkan azam untuk mati syahid!

Di tanah airku,ramai yang sanggup juga mati berkorban .Namun tujuannya ialah kerana 'rempit", . Ada yang ,sanggup membunuh kerena berebut atau mempertahankan kerusi. Ada yang sanggup berkorban demi menjaga Ketuanan Melayu, buidaya dan politik.alat barat
.
Malam itu kami menyelami "nilai-nilai kemanuisiaan"sebenar., melihat dan turut merasai penderitaan penduduk Gaza serta para penjuang Hamas.Kami melihat betapa jauh nya ,matlamat dan perjuangan yang kami miliki ,jika dibandingkana dengan mereka.

Di sini....Setiap hari dan masa gelombang diangkasa negaraku dihujani oleh berita dan propoganda dari media perdana yang memesongkan rakyat untuk berjuang mencari kebenaran .Mereka disogok dengan kebendaan dan fahaman sekular yang boleh menyesatkan

Majlis ceramah malam itu berakhir selepas hampir dua jam.Solat Isya disempurnakan hampir jam 10 malam.

Malam itu kami banyak mendengar dan melihat dan seperti kebanyakan yang dapat merasa erti kehidupan dan kemanusaan sebenar , turut menangis

!
Dan aku tanpa segan-segan juga turut menangis !

Malah semasa menurun kan kesemua tualisan-tulisan ini,ada ketikanya mata ku sebam,aku terkenangkan mereka--mereka yang diperlihatkan di skrin.

Tanpa di sedari ,air mata memenuhi ruang mataku ./
...
Aku menangis juga lagi.....
.....

Itulah Aku !

SELAMATKAN PALESTIN !
d
an
Hulurkan sumbangan anda ke:

TABUNG AMANAH CAKNA PALESTIN
0301 8010 1229 39 (Bank Islam)

( ANJURAN KERAJAAN NEGERI kELANTAN & NGO
)


No comments:

Post a Comment