Followers

Tuesday, July 14, 2009

Tak kenal..dan...tak rasa malu !



Di akhir-akhir ini,
kita seringkali membaca dan mendengar
ada berbagai tulisan,komen dan pandangan dilemparkan terhadap
Tok Guru,Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan.
Malah banyak tulisan dan komen (termasuk dari penulis blog)
terang-terangan menyindir,
memburuk-burukkan imej,
dan ada yang lebih teruk lagi
sanggup
mengeluarkan kata-kata kesat
yang tidak sepatutnya.

(Saya tidak akan turunkan contoh kata-kata,tulisan dan komen berkenaan demi untuk tidak mengotori posting ini)

IIman Asy-Shyafi'i ra , ketika mendapati ada seorang yang memperbodohkan ahli ilmu berkatkepada para pengikut yang ada di belakangnya ;

"Bersihkanlah pendengaranmu dari mendengar kata keji seperti kamu membersihkan lidahmu dari mengucapkannya.Sesungguhnya si pendengar adalah sekutu dari yang berkata.Orang yang lemah fikiran melihat kepada barang yang sangat buruk di dalam wadahmu. Kalau ditolak perkataan orang yang lemah fikiran itu,maka berbahagialah yang menolaknya,sebagaimana akan celakalah yang mengatakannya "

Dan beliau berkata lagi," Barangsiapa tiada menjaga dirinya maka tak bergunalah ilmunya".

Secara peribadi,saya rasa jika kita tidak begitu mengenali seseorang,hati budinya,cita-cita , perjuangannya , dakwah serta falsafah hidupnya,kita tidak seandaiya layak untuk membuat komen , apalagi menyindir atau mencemuhkannya..

Dengan sehebat mana pun kita menulis dan berfikiran , ia hanyalah menifestasi akal kita yang cukup terhad berbanding dengan pengetahuan yang di miliki Allah Yang Maha Esa. Jadi janaganlah kita "mendewa-dewakan" akal kerana perbuatan "mendewa-dewakan akal adalah satu kesesatan "

Siapakah kita untuk berbuat demekian.Sudahkah kita melihat wajah dan diri sendiri di cermin. Tanya sama hati untuk apa kita berbuat begitu.Untuk wang..untuk mengampu...atau untuk memenuhi tuntutan syaitan dan iblis!

Saya tidak hendak mengkritik atau mengajar sesiapa , jauh sama sakali dari hendak bermusuhan tapi sekadar untuk berkongsi maklumat dan pandangan tanpa prejudis!

Terlalu sakit rasanya hati dan terlalu pedih rasanya mata melhat tulisan dan seumpamanya yang sengaja dilemparkan terhadap TGNA. Seorang murid, sekalipun dalam keadaan marah dan benci terhadap gurunya tidak akan menguggurkan perkataan "Cikgu."ketika menyebut nama gurunya.Inikan pula terhadap seorang "Tok Guru" atau ulama yang disegani ramai. Ulama adalah pewaris para nabi dan anbia'

Jauh disudut hati kecil, saya merasakan "penulis,pengulas dan blogger yang terbabit" tidak begitu mengenali dan tidak mempunyai rasa malu terhadap watak sasarannya

.
Allah berfirman dalam Surah Al-Araf;Ayat 199.yang bermaksud;

"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik,serta berpalinglah (Jangan dihiraukan)orang-orang yang jahil. (Yang degil dengan kejahilannya)"


Dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;

" Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba,sehingga lurus pula hatinya , dan tiada akan lurus hatinya ,sehingga lurus pula lidahnya.Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga , selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya".


Ibnu Mas'ud (Abdullah bin Mas'ud) r.a. pernah berkata :

" Wahai Lidah ! Sebutkanlah yang baik-baik,niscaya engkau akan dapat faedah.Dan berdiamlah dari berkata buruk,niscaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal."


Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya, siapakah di antara kaum mukmin yang paling utama keimanannya ?Baginda menjawab: Yang paling baik budipekertinya.

"Sesungguhnya kamu sekelian tidak akan sanggup mempengaruhi manusia dengan hartamu ; dengan itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan budipekerti yang baik"


Dan ini terdapat pada watak Tok Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz .b. Nik Mat.


Itulah yang aku tahu ....dan aku malu padanya !


Sunday, July 12, 2009

Tak kenal maka tak tahu !

Lazimnya ungkapan "Tak kenal" akan dilengkapi dengan "maka tak cinta" Semua orang sudah memahami maksudnya.Tapi kami mahu ungkapan itu di ucapkan begini ;

"Tak kenal,maka tak tahu".

Saya dan isteri mulai mengenali secara lebih dekat Tok Guru,Nik Abdul Aziz Nik Mat mulai pada tahun 1982 dimana di setiap kuliah agamanya kami ikuti.

Bermula dengan kuliahnya melalui kitab "Ihya Ulumiddin" (Atau jiwa agama karya Iman Ghazali) , diikuti dengan Fiqah Sirah,( empat mazahab) kemudian Sirah Nabi dan sehinggalah mengenai tafsiran Al.Quraan. Semuanya diikuti sehingga kini.


TGNA ,walaupun dalam kesibukan menjalankan tugasnya selaku Menteri Besar Kelantan ,beliau masih tidak merenggangkan dirinya dengan kuliah agamanya setiap minggu.

Wajah yang ceria dan tenang

Tidak pernah kami temui seorang wakil rakyat dan juga selaku pemimpin serta ketua Negeri mempunyai komitmen yang begitu tinggi terhadap rakyatnnya.
Dalam satu minggu, paling tidak terdapat empat kuliah tetap beliau ..Biasanya beliau mengadakan kuliah selepas waktu maghrib pada setiap malam Khamis,kemudian pada setiap malam Jumaat.Esoknya kuliah Subuh pada pagi Jumaat.

Sesudah selasai sembahayang subuh dan syarahan ringkas ia diikuti dengan upacara "Bercukur rambut" atau"Belah mulut" setiap anak yang dibawa oleh puluhan pengunjung.Beliau tidak pernah menolak walau seorang pun.Kadangkala beliau terpaksa duduk berjam-jam melayan ibubapa serta anak -anak mereka.


Ada juga anak yang dibawa oleh ibu atau bapa datang dari keluarga Umno.Tok guru tidak memilih bulu.Beliau akan memotong rambut si anak dan berdoa untuknya.


Pendek kata suasana pagi Subuh di Masjid Pulau Melaka (Bersebelahan rumah beliau) adalah bagaikan pesta dinihari. Ibubapa datang dari seluruh negara seawal jam 5 pagi.Kawasan sekitar penuh sesak dengan kenderaan.

Kemudian beliau akan hadir dalam Majlis tetap mingguan , iaitu Majlis Ilmu di Dataran Ilmu ditengah-tengah pusat Bandaraya Islam,Kota Bharu. Selalunya beliau akan berjalan masuk ke pentas khas pada jam 9.15 atau 9.20 pagi dan akan memulakan kuliahnya tepat jam 9.30 pagi.Beliau cukup "punctual" dengan waktunya.

Menunggu ketibaan TGNA
Kuliah berjalan selama sejam dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.Medan Ilmu kemudian bertukar menjadi medan membeli belah.Pengunjung akan membeli berbagai keperluan yang di sediakan oleh para peniaga di sekitar Medan Ilmu.


Amir Muhammad.seorang kolumnis yang terkenal menulis di dalam sebuah kolum bertajuk; "Pulp Friction:Tomyam and the oracracy" keluaran the Malay Mail pada 24hb,Jun 2009 antara lain menyebut tentang Tok Guru ;


"He spoke for almost an hour but thousands of people stayed put. It’s a weekly ritual known as sekolah atas tembok, which in this context translates to mean ‘school on the street’ rather than ‘school on a concrete wall’. He didn’t have to raise his voice;

The 78-year-old is a skilled orator who makes people want to stay quieter in case they miss something.


He made them laugh, make them nod and kept them keen."

Kami kira sesiapa sahaja yang berkunjung ke Medan Ilmu pada setiap pagi Jumaat akan dapat merasai suasana, sikap dan semangat penduduk MPKB,Bandaraya Islam dalam usaha mereka menambah ilmu dan pengajian Islam.

Ini adalah aktiviti tunggal yang terdapat di dalam Negara dan di pancarkan keseluruh dunia melalui TV Pas dan Portal TV Kelantan.


Bersalaman dengan orang ramai sebelum memulakan kuliah

Wajah orang ramai kelihatan bersemangat dan ceria setiap kali ToK Guru melangkah masuk untuk memulakan kuliahnya sesudah bersalaman dengan puluhan pengunjung yang membarisi laluan beliau menuju pentas.

Itulah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.