Followers

Sunday, July 12, 2009

Tak kenal maka tak tahu !

Lazimnya ungkapan "Tak kenal" akan dilengkapi dengan "maka tak cinta" Semua orang sudah memahami maksudnya.Tapi kami mahu ungkapan itu di ucapkan begini ;

"Tak kenal,maka tak tahu".

Saya dan isteri mulai mengenali secara lebih dekat Tok Guru,Nik Abdul Aziz Nik Mat mulai pada tahun 1982 dimana di setiap kuliah agamanya kami ikuti.

Bermula dengan kuliahnya melalui kitab "Ihya Ulumiddin" (Atau jiwa agama karya Iman Ghazali) , diikuti dengan Fiqah Sirah,( empat mazahab) kemudian Sirah Nabi dan sehinggalah mengenai tafsiran Al.Quraan. Semuanya diikuti sehingga kini.


TGNA ,walaupun dalam kesibukan menjalankan tugasnya selaku Menteri Besar Kelantan ,beliau masih tidak merenggangkan dirinya dengan kuliah agamanya setiap minggu.

Wajah yang ceria dan tenang

Tidak pernah kami temui seorang wakil rakyat dan juga selaku pemimpin serta ketua Negeri mempunyai komitmen yang begitu tinggi terhadap rakyatnnya.
Dalam satu minggu, paling tidak terdapat empat kuliah tetap beliau ..Biasanya beliau mengadakan kuliah selepas waktu maghrib pada setiap malam Khamis,kemudian pada setiap malam Jumaat.Esoknya kuliah Subuh pada pagi Jumaat.

Sesudah selasai sembahayang subuh dan syarahan ringkas ia diikuti dengan upacara "Bercukur rambut" atau"Belah mulut" setiap anak yang dibawa oleh puluhan pengunjung.Beliau tidak pernah menolak walau seorang pun.Kadangkala beliau terpaksa duduk berjam-jam melayan ibubapa serta anak -anak mereka.


Ada juga anak yang dibawa oleh ibu atau bapa datang dari keluarga Umno.Tok guru tidak memilih bulu.Beliau akan memotong rambut si anak dan berdoa untuknya.


Pendek kata suasana pagi Subuh di Masjid Pulau Melaka (Bersebelahan rumah beliau) adalah bagaikan pesta dinihari. Ibubapa datang dari seluruh negara seawal jam 5 pagi.Kawasan sekitar penuh sesak dengan kenderaan.

Kemudian beliau akan hadir dalam Majlis tetap mingguan , iaitu Majlis Ilmu di Dataran Ilmu ditengah-tengah pusat Bandaraya Islam,Kota Bharu. Selalunya beliau akan berjalan masuk ke pentas khas pada jam 9.15 atau 9.20 pagi dan akan memulakan kuliahnya tepat jam 9.30 pagi.Beliau cukup "punctual" dengan waktunya.

Menunggu ketibaan TGNA
Kuliah berjalan selama sejam dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.Medan Ilmu kemudian bertukar menjadi medan membeli belah.Pengunjung akan membeli berbagai keperluan yang di sediakan oleh para peniaga di sekitar Medan Ilmu.


Amir Muhammad.seorang kolumnis yang terkenal menulis di dalam sebuah kolum bertajuk; "Pulp Friction:Tomyam and the oracracy" keluaran the Malay Mail pada 24hb,Jun 2009 antara lain menyebut tentang Tok Guru ;


"He spoke for almost an hour but thousands of people stayed put. It’s a weekly ritual known as sekolah atas tembok, which in this context translates to mean ‘school on the street’ rather than ‘school on a concrete wall’. He didn’t have to raise his voice;

The 78-year-old is a skilled orator who makes people want to stay quieter in case they miss something.


He made them laugh, make them nod and kept them keen."

Kami kira sesiapa sahaja yang berkunjung ke Medan Ilmu pada setiap pagi Jumaat akan dapat merasai suasana, sikap dan semangat penduduk MPKB,Bandaraya Islam dalam usaha mereka menambah ilmu dan pengajian Islam.

Ini adalah aktiviti tunggal yang terdapat di dalam Negara dan di pancarkan keseluruh dunia melalui TV Pas dan Portal TV Kelantan.


Bersalaman dengan orang ramai sebelum memulakan kuliah

Wajah orang ramai kelihatan bersemangat dan ceria setiap kali ToK Guru melangkah masuk untuk memulakan kuliahnya sesudah bersalaman dengan puluhan pengunjung yang membarisi laluan beliau menuju pentas.

Itulah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments:

Post a Comment