Followers

Sunday, February 7, 2010

Arafah yang sejuk

                       Perjalanan  Menuju Arafah

8 Zulhijjah 1430 bersamaan 25hb November,2009 (Rabu)
                                                
Selepas subuh langit di Kota suci Makkah bertukar menjadi mendung, dan hujan mulai turun  diawal pagi tanpa henti,adakalanya lebat adakalanya renyai-renyai.Kami tidak ke masjid hari itu lantaran jalan menuruni bukit ikut di banjiri air hujan yang  mengalir deras.Malam itu   keadaan  cuaca reda,kami ke masjid. Suasana basah di sekitar mesjid telah dibersihkan.
  
     Kota Makkah tidak mengalami banjir sebalik nya ia bedrlaku di Jeddah .Mengikut khabar, air naik sehingga dua meter.Ramai yang diberitakan terkorban..


     Pada jam 2.50 petang kami telah siap dengan pekaian ihram untuk ke Arafah.Tepat pada jam 5 petang kami meninggalkan hotel  untuk menuju  Arafah. Kami semua tiba di Arafah pada jam 7.00 malam .Aku di tempatkan di Khemah 68L.Isteriku di khemah 81P di sebelah belakang.
 
                      Dalam  khemah di Arafah



                                                Di tepi khemah 81P

        Alhamdullillah,hujan sepanjang hari telah menjadikan Arafah dingin dan sejuk pada malam itu.Suasana itu cukup kondusif untuk kami melakukan ibadat sepanjang malam.-

      Esoknya (Khamis) adalah Hari Wukuf di Arafah.

9 Zulhijjah 1430 bersamaan 26hb November 2009 (Khamis)

      Hari ini ,Hari Wukuf  di Arafah..Selesai solat Subuh berjemaah,kami dihidangkan dengan nasi lemak, telur dan sebiji buah epal.


      Menjelang waktu  Zohor ,para jemaah tepaksa berbaris untuk memasuki tandas.,dua jam lebih awal. Kesabaran semuanya diuji.

      Solat Zohor berjemaah, secara jamak taqdim dan mendengar dua khutbah ..

                                            Berdoa selerpas waktu asar

      Kemuncak di Arafah ialah apabila berada di pertengahan waktu  antara asar dan maghrib  di mana para jamaah keluar untuk berdoa.Aku dan isteri memilih tempat yang agak tinggi sedikit  dan berdoa mengikut keperluan yang telah diatur awal-awal lagi Tiada bahasa hendak aku lukiskan perasaan. Terasa sungguh hiba dan
penuh mengharap Allah menmakbulkan doa-doa kami.Air mata  terus juga mengalir.

    Ya,Allah terasa kerdil dan lemahnya aku. Kami menangis.Adakalanya terisak bagai anak kecil. Hanya memohon keampunan,rahmat dan pelepasan dari api neraka. Allahhuakbar.!

     Satu ketika ,dikala kami  berdoa aku menatap sekumpulan awam yang berarak kearah kami.Ia kemudian berubah menjadi dua bentuk yang (bagi ku ) sungguh luar biasa. Allah sahaja yang Maha mengetahui

                                            Dua bentuk awam yang terjadi

   Aku mencapai kamera dan membuat "shot" secara sepontan.

Bermabit di Muzdalifah.
     
                       Bermalam di Muzdalifah

    Pada jam 6.00 petang kami dah bersedia untuk ke Muzdalifah dan tiba di sana pada jam 7.30 malam.Kami semua berhimpun dan duduk di situ lebih kurang empat jam sebelum berangkat lagi ke Mina.

                                                   Tertidur keletihan

    Lautan manusia ,semuanya  berembun dan sebahagian besar jemaah berbaring ,berzikir ,berdoa  dan ada yang tidur nyenyak selepas masing-masing mengutip anak-anak batu di pesekitaran bagi  tujuan melontar di Mina nanti.
     
                                           Lautan manusia di Muzdalifah

    Aku melihat beberapa orang jemaah diusung keluar dari kawasan sesak oleh petugas-petugas.

    Pada jam 12.30 tengah malam,kami meninggalkan Muzdalifah, untuk menuju ke Mina ,lapan kilometer jauhnya.
    
                                                    Kenangan di Arafah   
    Arafah dan  Muzdalifah ,walaupun telah berada jauh di belakang,tetapi  semua kenangannya masih melekat dihati kami.