Followers

Monday, November 9, 2009

Count Down Haji:Menjadi tetamu Allah.


Baitullah


Alhamdullilah,syukur kepada Allah...

Saat penantian dan pengharapan akhirnya terkabul juga apabila aku disahkan terpilih untuk ke tanah suci,bagi menunaikan haji bagi tahun 2009 bersama isteri.

Berikut ialah urutan peristia dan masa yang aku tempuhi:

1.Awal Nobember.: aku menulis surat rayuan kedua kepada pihak Tabung Haji untuk memberikan aku pertimbangan.Tidak ada jawapan.

2.Kami ikut sama (menumpang) Kursus Haji Perdana di Bachok selama sehari semalam.

3.Kami menghubungi pihak tertentu (yang mengurus jemaah haji) dan bayaran tambahan akan dikenakan jika kami besetuju.Kami Tidak yakin dan merasai ia kurang elok untuk tujuan ibadah .Kami menolak akhirnya.

4.3hb.November:(Selasa) Kami ke Pejabat Tabung Haji,kb,untuk menyemak status.Tiada keputusan.

    Anak- saudara kami yang bertugas sebagai pilot meminta kami mengirimkan passport ke Kl melalui rakan pilot nya yang akan ke-kota Bharu pada jam 11 pagi.Kami bergegas ke lapangan terbang dan berbuat seperti yang diminta.Ia akan diserahkan kepada pihak kedutaan Arab Saudi selewat-lewatnya pagi Jumaat, 6hb.November.

6.4hb.November(Khamis.) Kami menerima dua buah buku pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang kb dari anak saudara yang secara kebetulan menerbangkan pesawat ke kota bharu pada petang itu.Petang itu seluruh keluarga berkumpul untuk mengucapkan selamat jalan kepada adik ipar aku yang akan ke Tanah Suci  pada 5hb.Beliau diringi oleh anak lelakinya.

7. 6 dan 7hb November(Jumaat da Sabtu). Cuti hari minggu di Kelantan.Kami berkira-kira hari untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

8. 8hb Nobember.(Ahad) Cuti tambahan kerana Kelantan berjaya ke final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan. kami disarankan supaya mendapatkan pemeriksaan di Jertih,Terengganu.Pads jam 9pagi kami bergegas ke Hospital Besut di Jertih.

      Dengan pertolongan Allah,semuanya lancar dan  selesai pada jam 1.15 tengahari.Selepas minum di sebuat restoran atas pelawaan seorang anak buahku yang kini bertugas di Tabung Haji ,Jertih ,kami bergegas ke Kampung Raja untuk mendapatkan  suntikan influenza dan meningitis.Malangnya  salah satu dosenya tak ada.Kami pulang sahaja keKB pada jam 3.30 petang setelah selesai solat di Mesjid Kg.Raja.

9. 9hb.November (Isnin) Jam 8.30 pagi kami bergegas ke Pusat kesihatan Pesakit Luar di hospital KB untuk mendapatkan suntikan dan pengesahan pegawai perubatan.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan kira-kira jam sepuluh pagi kami terus ke Tabung Haji kb, untuk menyemak status.Sukacita kami disahkan terpilih menunaikan haji dengan KT66. Ia itu  pada hari Rabu di Kelana Jaya.

.  Kami menghubung anak-anak dan saudara terdekat.dan bergegas ke kedai Jaafar Rawas untuk mendapatkan beberapa keperluan .Kami kemudian terus ke airpot untuk menempah tiket ke KL pada 10hb,(Selasa).Dan kami akan berlepas ke KL pada jam 4.00 petang ini (19hb,Nobember)  dari Pengkalan Chepa.dewngan Mas Airlines.

.  Dari petang sehingga  lewat senja ,saudara mara dan jiran terdekat memnuhi rumah kami.Kami sungguh terharu.Air mata dah mula mengalir,kadangkadang suara tak terkeluar semasa  menjawab telefon..Segala-galanya terbayang antara suka dan duka dan rasa terharu Semuanaya bagaikan mimpi.

   Disebelah malamnya sempat juga ahli-ahli keluaraga terdekat  berkumpul untuk menunaikan solat hajat memohon keredhaan dan pertolongan Allah.

     Di halaman ini aku dan isteriku memohon ampun dan maaf kepada kesemua rakan-rakan blogger,Doakan kami selamat pergi dan balik.Semoga kami memperolehi Haji Mabrur.InsyAllah.

    Kepada pengikut-pengikut setia aku terutamanya: MrsNor,Anak Tumpat,CikMar, AmyNujaimy,
Kickdefella,House of Tot,Bukit Sakti,Mother of  Abdul,dan banyak lagi tak dapat aku nak turunkan semuanya,aku ucapkan terima kasih,maaf zahir batin sekiranya berlaku salah silap bahasa dan gurau senda di blog yang mengguris hati kalian.Doakan agar kami selamat tiba dan kembali!!...

 Yang ikhlas
 Itulah Aku / Probakti
(Yamin Mohd Hussain dan Isteri)

 9.00pagi (10hbNovember.2009)

Saturday, October 31, 2009

Indahnya Allah

Semalam aku  meneroka beberapa halaman di dalam You tube,
dan terserempak dengan  sebuah alunan nasyid yang begitu
indah dan menusuk hati.

Ia diberi judul "The Beauty of Allah"
dan dipersembahkan oleh  Munshid,  Mohamed Obaid.
Kata-kata yang terdapat didalam nasyid ini disadur dari
kata-kata Iman Shafie (r.a) di akhir hayatnya.

Berikut aku paparkan nasyid berkenaan dengan sarikatanya dalam Bahasa Inggeris.

Semoga kita dapat "menikmati" dan "menghayatinya" bersama !



                                             

                                                        

1.  To you,the Creator , I raise my
longing
 ,2. Even if I am an evildoer , a
criminal , O possessor of kindness
and generosity !
3. When my heart became
constricted and my path became
narrow
4.I took my hope in Your pardon
and forgiveness as an escape
5. You are and still remain the only
One who can forgive sins
6.Your grant and forgive out of Your
benevolence and generosity.

(Repeat:1 , 2 ,3 4&5)

7.Are You not the One who has
provided for me and guidance
8.And You have not ceased being
gracious to me and full of
favours ?
9.Wishing that the Beneficient One
will forgive my mistakes
10. And cover up my crime and what
has gone forth
11.So you forgive me.You would
have forgive a sinner.
`12.A rebellious , opressive tyrant
still sinning
13.  .And if You were to seek revenge
from me, I would  not dispair
Even they entered my soul into
Jahanum due to my sins

(Repeat 1,2,3,4 & 5)

14.Eloquent when he makes mention
of his Lord
15.And in the mention of others than
Him,he is not (eloquent)
16.He says "My beloved (O God!)
You are what I request and desire
17.You are enough of a longing and
benefit for those who have hope.
18 I protect it my love , lest my desires
should spoil it.
19 And I preserve the contract of
love , lest it be defiled
20.  In my wakefulness is yearning
and in my slumber is destiny.
21.  That's pursing my footstep in
ecstasy.
22.  My cruel (sins are great past
and present
23.But Your forgiveness comes to
the servant , more exalted and
more great

(Repeat 1,2,3  4 & 5) 

Wednesday, October 28, 2009

Pudding "Cocktail"

Adakalanya  hari-hari atau masa yang terluang tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Tindakan  aku ialah mengisinya dengan hobi yang sedia aku miliki. Antara  hobi yang paling aku  suka ialah menyediakan "Cocktail Pudding".

                                                         
Aku bukanlah seorang chef seperti Chef Wan atau Chef Ismail.Resipinya aku hafal dai pemberian kakak bertahun-tahun yang lalu . Jadi setiap kali bila terasa hendak makan pudding aku begegas ke dapur dan dalam masa setengah jam "Cocktail pudding"  itu  akan siap.
                                                                            


                                                           Hidangan pudding yang jadi "Favourite"anak-anak


Aku sukakannya kerana  sebab-sebab berikut:
  • Bahan-bahan nya mudah didapati dan tidak mahal.
  • Enak bila di makan - adakalanya menjilat jari.
  • Rupanya menarik dan menyelerakan .
  • Ia dah jadi "Favourite" menu untuk hari raya.
  • Tidak pernah menjemukan.
  • Dapat simpan lama - sampai dua minggu lebih.
  • Dah jadi soalan jolokan " Ada Cocktail pudding  ke raya ni?"
  • Banyak khasiatnya.
  • Ia adalah "The best among the best"pudding..

                                                                Pudding  "Cocktal"yang sudah siap

         {Maaf,resipinya tak ditulis disini,kalau ada permintaan,.email sahaja !}

       Selain  "Cocktail pudding" , pudding"Allerking Nenas" juga cukup di gemari keluarga setiap kali aku
menyediakannya. Begitulah juga dengan pudding "Tapai"

       Sebenarnya aku lebih suka  belajar dan meyediakan semua jenis pudding dan kueh-kueh tradsional
Melayu  .

       Yang 'Ironinya" aku seorang lelaki yang sudah berumur lebih separuh abad dan anak-anak perempuan aku bersama ibunya selalu menuding jari kepada aku bila tiba hari raya."

       "Itu tugas abah buat pudding !".



                                                                Hidangan untuk "Hari Raya"
               
        Aku  seronok menerima tugasan sedemikian I

        Itu memanglah  hobi aku !.
        

Saturday, October 17, 2009

Apa ada pada ribut ?

           Akhir-akhir ini ribut seringkali terjadi dan mencemaskan.

           Pada 8hb.Oktober,Jam 3.30 petang. (Sehari sebelum aku ke KL) aku berada di halaman rumah kerana mengiringi anak perempuan dan cucu kami yang hendak beredar  pulang ke rumah mereka..Ketika itu langit mendung  menandakan ribut akan berlaku. Aku mencapai kamera dan menghambil beberapa gambar "suasana" menjelang nya rtibut.





                                                           Ribut dalam bentuk garisan melintang


                                                             Awam hitam berubah bentuknya


           Gambar pertama dan kedua menunjukkan  suasana langit yang  menandakan akan berlakunya ribut.Bentuk dan rupa awan amatlah menarik.Tetapi pada gambar  yang berikutnya aku dapat melihat bentuk-bentuk awam yang agak ganjil.Jelas kelihatan soalah-olah wajah seorang lelaki   merenung kami.Aku hanya menyedari keadaan ini semasa menyalin gambar  itu ke komputer.


                                               Iniah bentuk wajah manusia yang kelihatan

                            
           Apakah ini satu khayalan atau penglihatan kabur aku. Entahlah.

           Secara sepontan aku teringat kepada "Amaran" Allah tentang ribut.

Hayatilah bacaan dalam video di atas.


Allah berfirman:

          " Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? " (Surah Al.Mulk:Ayat 3}

dan

        " Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? " (Surah Al-Mulk-Ayat 17 }

        Apa yang aku lihat adalah tanda-tanda kebesaran Allah.,yang Maha Suci dan Maha Mengetahui !
       
        Semoga tanda -tanda begini akan selalu mengigatkan kita tentang Allah dan kesudahan   yang bakal  kita semua akan  hadapai  di hari akhir nanti !    
   

Thursday, October 8, 2009

Dunia melukis

     Melukis adalah kegemaranku sejak dari masa kecil lagi.Setelah menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah aku mula mengikuti sessi latihan melukis yang di kendalikan oleh Cikgu Nik Mahmood,seorang pelukis terkenal di Kelantan.Setiap pagi sabtu kelas diadakan di bangunan Kesatuan Guru-guru Melayu ,di tengah-tengah bandar Kota Bharu Kelantan

     Tidak lama selepas itu aku mengikuti bimbingan secara peribadi dengan seorang pelukis,Abang Ismail di rumahnya di Jalan Hulu Kota.Di setiap petang Jumaat akau menghabiskan masa menerima tunjuk ajar dari nya terutama dalam melukis portrait.


            

  Bakat yang ada aku gunakan untuk melukis portrait buat rakan-rakan sekolah,melukis backdrop untuk pementasan drama dan merekabentuk tanglung untuk perayaan menyambut Hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia.Boleh dikatakan sebahagian ruang bilik darjah di hiasi dengan hasil lukisan ku.


                     Dalam kenangan."Backdrop"yang aku
                                                 hasilkan masih jelas kelihatan (1962) 

    Aku melukis hanya sebagai satu hobi.Tidak terlintas difikiran ku untuk menjadi pelukis,

  Malang sekali banyak hasil  lukisanku dihadiahkan kepada rakan-rakan sekolah.Aku tidak  menyimpan koleksi karyaku.Hanya ada satu dua yang mempunyai sentimental valuenya aku simpan sehingga ke hari ini.


                   Ini adalah antara portrait yang aku
                                              hasilkan  menggunakan cat minyak (1968)      


     Walau bagaimana  pun hobi ini berterusan apalagi setelah aku mengikuti  kursus pilihan Visual Arts  pada tahun pertama semasa di USM dulu.

    Melukis memberi keseronokan,kepuasan dan ia amat mencabar perasaan dan mental seseorang terutama apabila sesuatu karya  terpaksa memakan masa yang lama untuk disiapkan.Semua itu aku lalui.


                      Lukisan dinding yang menghiasi ruang
                                                    makan rumahku.

     Pengalaman melukis tidak dapat di perolehi oleh semua orang.

     Ia kaya dengan nilai sentimental, spiritual, artistik, ekspresi dan kemanusiaan.Memang berbaloi jika seseorang itu meneruskan minat dan  berjaya menjadi seorang pelukis dengan  memperolehi pendapatan yang lumayan.

Aku tidak dilahirkan untuk menjadi pelukis seperti itu.

Aku hanya melukis apabila merasa sesuati keindahan  terpancar dari dalam diri.

Sesumgguhnya Allah mencipata keindahan dan Allah suka pada yang indah!

Monday, October 5, 2009

Hobi dan pengalaman

       Salah satu anugrah yang paling berharga yang dikurniakan Allah ialah melalui pancaindera   apabila kita dapat melihat ,merasa,mendengar,menyentuh.menghidu dan sebagainya.Dari situlah bermulanya citarasa yang membuahkan minat mendalam terhadap sesuatu.

      Pak Ungku Aziz pernah berkata untuk menjadi  intelek ,seseorang itu mestilah memiliki banyak minat.Tanpa minat seseorang itu bagaikan tunggul kayu mati.

      Seperti insan lain, aku juga  mempunyai minat.Hobi yang sehingga kini tidak dapat hendak dihitung banyaknya.Minat dan hobi yang terkumpul dari sejak kecil lagi telah meninggalkan impak yang banyak terhadap diri.

Antaranya;
  •     mematangkan  fikiran dan meningkatkan keupayaan mental
  •    memberi pengalaman
  •    meningkatkan daya assosiasi dengan orang lain dan alam sekitar
  •    mendorong rasa cinta terhadap keindahan,setrusnya mendorong minat kepada  penciptanya,        Yang Maha Agung Allah
  •    menghaluskan jiwa dan budi pekerti
  •    merapatkan hubungan  kekeluargaan
  •    meyumbangkan  pendapatan
  •    pemankin masa lapang
  •    membangun kredibiliti  diri
  •    meningkatkan daya ciptaan dan keinginan  mencuba
  •    memprerkayakan  bahasa dan perbendaharaan kata
  •    menjadi lebih prehatin dan penyanyang
             dan yang paling besar ialah
  •    menghargai kehidupan, keselamatan semua  makhluk
  •    menghargai hidup sesudah mati .

                Janganlah menjadikan hobi pemisah diri dari kebenaran hidup,keselamatan , kesejahteraan.kekeluargaan dan kemanusiaan


             Apakah ini satu hobi atau kerjaya ? Walau apa sekalipun ia  tetap membahayakan keselamatan diri sendiri !

Wednesday, September 30, 2009

Antara dua wajah dan dua hati






Setiap minggu,khususnya pada pagi Jumaat,Medan Ilmu menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat di Kota Bharu,Bandaraya  Islam.Sejak awal-awal pagi lagi mereka menghadirkan diri untuk mengikuti  kuliah agama yang berlangsung selama dua jam mulai 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi.


                                     Sebahagian dari orang ramai yang hadir
 
Ia juga turut dibanjiri para peniaga .


Dan di antaranya  hadir  individu-individu yang cuba mencari rezeki yang halal.


Pertama anak-anak yang  secara sedar  mencari rezeki untuk membantu keluarga. Terdapat berbagai cara dan approach yang digunakan  sama ada melalui bentuk perniagaan atau seumpamanya.



                                 Anak-anak ini menjual surat khabar untuk membantu keluarga.
                                 Ini adalah usaha murni yang patut dicontohi.


                                               OKU yang mengharapkan bantuan orang ramai

                                             Nama penuh: DAUD BIN CHE MOOD
                                             Alamat: 681,Kg.Padang Jalapang.
                                             17000 ,Pasir Mas,Kelantan
                                             Nama Bank: CIMB
                                             No.Akaun: 03020008335523.

                           ( Sumbangan boleh dibuat secara terus kepada nama dan nombor akaun di aatas)

Kedua mencari rezeki melalui ihsan orang ramai.Ini kebanyakan dilakukan oleh mereka yang kurang upaya atau yang mengalami penyaklit-penyakit tertentu.

Seperti biasa orang ramai tidak pernah jemu menghulurkan bantuan atau derma ikhlas bila didatangi orang -orang begini yang memerlukan bantuan kewangan.Suasana setiap pagi Jumaat seolah-olah memberi ruang kepada orang ramai bersedekah dan berbuat kebajikan.

Inilah keunikan masyarakat di Medan Ilmu !

Wednesday, September 2, 2009

Budak perempuan berbaju kuning

Tarikh: 28 hb.Ogos.2009
Hari: Jumaat
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Jalan Hulu Pasar,Kota Bharu,Kelantan



Subjek: Budak Perempuan Berbaju Kuning.

Dia baru berada dalam likungan usia sepuluh tahun,berbaju kuning dan bertudung hitam. Sambil duduk bersila kemas ,tugasnya pagi itu menjual isi buah nipah.

Raut wajah nya mencerminkan keperitan hidup,dan ia terpaksa menampung beban keluarga dengan mencari rezeki.

Ini lah wajah sebenar budak berbaju kuning yang diambil pada 4hb.Sept,2009


Dia tidak banyak bersuara ,mungkin terasa sedikit malu atau rendah diri namun kelincahan jari jemarinya yang halus dan lembut ternyata memukau pengunjung.Ia pantas mencedok isi nipah dan diisi kedalam kampit plastik.Jual beli pantas berlaku.

Budak perempuan berbaju kuning ini menyimpan seribu rahsia.Baju dan seluarnyanya kelihatan baru dan bersih,sebersih hatinya. Mungkin itu lah pemberian emaknya untuk memberinya semangat menjalankan tugas.

Namun disebalik wajah dan kulitnya yang sedikit gelap ia jelas menampakkan keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya. Sekali sekali kelihatan ia memberikan senyuman pahitnya.

Ramai yang bersimpati dengannya dan membeli hasil jualannya tanpa banyak kerenah.

Budak perempuan berbaju kuning , dalam usianya yang masih muda melambangkan kegigihan wanita Kelantan mengikut tradisinya.


Komen:

Alangkah bertuahnya ibu memiliki anak yang sekecil ini dan sudah pun mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga.Dia begitu seronok menjalankan tugasnya dan ini adalah mencerminkan anak merdeka yang sebenarnya .Kebebasan yang dianutinya ada nilai ekonomi dan sentimental.

Kabanyakan anak-anak lain yang sebaya dan setaraf dengannya,terutama nya lelaki banyak menghabiskan masa di jalanraya beraksi dengan basikal BMXnya dan membanjiri jalan-jalan raya dilokasi tertentu menonton lagak Mat Rempit !

Sungguh malangnya negara, jika generasi muda begini dibiarkan menjalani hidupnya sedemekian rupa persis buih-buih yang mengisi kemerdekaan negara.Suatu hari ia hanyut dan hilang begitu sahaja tanpa makna.

Amat jauh bezanya dengan budak perempuan berbaju kuning !


Monday, August 31, 2009

Suatu malam yang dipenuhi buih-buih kemerdekaan

Semalam ,30hb Ogos, 2009 bersamaan 10 Ramadhan 1430 adalah Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 52.

Ia menandakan berakhirnya tahap pertama Ramadhan dalam mana Allah menurunkan rahmatNya dan esoknya bermulalah tahap kedua dimana keampunan diberikan kepada hamba-hambanya yang bertakwa.

Pada malam itu juga diadakan satu Forum Perdana Kemerdekaan bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd .ke IV,Kota Bharu bersama
Yb.Dato Haji Mohhd.Amar Nik Abdullah

(Ahli exco kerajaan Negeri Kelantan)

dan S.S.Dr Juanda Jaya

(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

Sebaik sahaja forum itu berakhir pada jam 11.30 malam , berlaku satu pertembungan gelombang manusia.

Gelombang pertama terdiri dari beribu-ribu orang ahli-ahli jemaah yang baru selesai menunaikan solat tarawikh,dan mengikuti forum berkenaan dan kemudiannya keluar untuk pulang ke rumah masing-masing .

Dan gelombang manusia yang kedua datang daripada masyarakat tempatan yang kabanyakannya terdiri dari muda mudi yang datang membanjiri kawasan sekitar stadium untuk menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan negara, kononnya untuk menyaksikan pertunjukan bunga api (Yang sebenarnya tidak di adakan)

Akibatnya berlakulah kesesakan lalulintas dan yang paling meyedihkan melalui celah-celah kenderaan para jamaah yang hendak pulang,anak-anak muda tanpa mempedulikan kesecuian Ramadhan, berlumba dan menganggu orang ramai dengan pelbagai aksi ""Stunt".

Sungguh memalukan dan meyedihkan.

Suasana begitu tidak harus berlaku pada malam itu.

Tapi itulah hakikatnya makna kemerdekaan dan kebebasan yang dianuti yang cuba ditonjolkan oleh anak-anak muda kita.

Itu lah "buih-buih kemerdekaan" yang seolah-olah berada di permukaan laut,yang hanyut dan kemudiannya dipukul ombak.berpecah dan berderai.Akhirnya hilang tanpa sebarang makna.

Dengan kaki-kaki yang kuat kemanakah mereka hendak dibawa dan berada Dengan mata yang bersinar-sinar ,apakah yang mereka hendak tonton dan dengan sepasang telinga , apakah yang hendak mereka dengari !.

Gema azan,bacaan Al Quraan dan doa-doa yang berkumandang tidakrmemberi sebarang erti kepada mereka.

Ramadhan yang mulia tidak dihormati dan di pedulikan lagi !

Semoga anak-anak muda kita kembali ke pangkal jalan,dan baki ramadhan yang ada dimanfaatkan
demi memperolehi keampunan serta pembebasan dari api neraka.


Video yang dipaparkana dibawah ini cukup menghiris perasaan hati dan meyedarkan kita betapa perlunya mendapat keampunan.

Semoga ia membantu memberikan makna kepada penghayatan bulan yang mulia ini.

Monday, August 17, 2009

Besar sangatkah bahaya H1N1 ?

Setiap hari kita mendengar atau melihat berita tentang H1N1.Jumlah orang yang disyaki terlibat dan yang sudah dimasukkan ke hospital meningkat .Begitu juga jumlah kematian telah menunjukkan peningkatan yang ketara.Sehingga kini (18hb,Ogos) sudah terdapat 4,225 kes yang dilaporkan dengan 64 kematian.

Justeru pihak kerajaan telah merangka langkah-langkah seterusnya untuk mengatasi masalah jangkitan H1N1 dan sebagainya. Orang ramai pula semakin menunjukkan kebimbangan dan mula menggunakan penutup atau topeng muka apabila keluar rumah.Begitu juga para pelajar. Beberapa buah sekolah ditutup sementara apabila ada pelajarnya disyaki dijangkiti H1N1.

Hakikatnya, besar sangatkah bahaya jangkitan H1N1 ?

Meskipun ada yang terpaksa menerima risiko kematian. besar sangat kah kesan kematian itu kepada seseorang atau keluarga berbanding dengan dosa dan kelalaian dalam menjalani kehidupan masakini..

Yang mana lebih besar impaknya ,mati di sebabkan H1N1 atau mati disebabkan sifat ujub,riya' takabur,ghurur, gila kuasa,gila pangkat dan penyelewengan Apalagi mati kerana pengkhianatan terhadap agama suci Islam .?

Mati yang dsebabkan H1N1 tidak memberikan beban balasan diakhirat nanti.Bagaimanapun mati yang bersekongkol dengan sifat ujub,riya'. angkuh terhadap pandangan agama,gila kuasa ,gila pangkat dan penyelewengan atau rasuah akan memikul beban yang amat besar dan amat dahsyat sekali akibatnya.

Berita dan cerita-cerita mengenai H1N1 yang di perbesar-besarkan nampaknya berjaya mengalih pandangan umum,khasnya umat Islam terhadap fungsi ibadah.,lebih-lebih lagi tentang hidup sesudah mati.

Hebatnya berita-berita H1n1 ini sehingga ramai yang lupa dan tidak terasa ghairah hendak menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia .Ketakutan terhadap H1N1 seolah-olah telah menghakis rasa takut atau bimbang terhadap kecuaian dan kesalahan yang biasa diamalkan pada bulan suci ini.

Ramai yang gagal dalam mengira "pahala" dan "keberkatan" bulan Ramadan,sebaliknya ramai pula sedang mengira-gira kesan dan akibat H1N1 sekiranya dijangkiti nanti.

Sifat-sifat ujub,riya',ghurur, gila pangkat dan gila kuasa adalah lebih besar impaknya ketika seseorng itu meninggal dunia.

" Sebesar-besar bencana ujub ialah bila seseorang itu bermegah-megah terhadap kemajuan usahanya,kerana pada sangkaannya bahawa ia telah berjaya dan maju,dan kerana itu pula ia telah menjadi kayaraya , padahal itulah yang dikatakan suatu kebinasaan yang jelas bagi dirinya".(Iman Ghazali-Ihya Ulumiddin)

Allah telah berfirman,maksud Nya;

" Dan mereka menyangka bahawa benteng-benteng mereka itu dapat meliandungi diri mereka dari kuasa Allah.Maka Allah menimpakan siksaanNya ke atas mereka dari jurusan-jurusan yang tidak mereka sangka-sangkakan" Surah Al-Hasyr; ayat 2)

Semoga kedatangan Ramadhan disambut dengan penuh keimanan dan keinsafan.

Tuesday, August 11, 2009

Antara tudung,hijab dan penutup muka

Allah telah berfirman,maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah Al-Nur ;Ayat 31


Begini rupanya

Atau begini

Di dalam kehidupan wanita-wanita Islam, menutup aurat adalah wajib..Secara umumnya ada berbagai alasan mengapa memakai hijab atau tudung diamalkan dengan meluas pada masa kini baik di Timur atau pun di Barat , samada dikalangan wanita-wanita yang moden dan kaya,berpendidikan tinggi,yang hidup sedarhana,atau yang miskin.


Atas apa alasan pun diberikan,yang pentingnya ialah mereka berpegang dan mematuhi ajaran Islam,meningkatkan kekuatan iman dan taat serta patuh kepada perintah Allah.tuhan yang Maha Esa.


Sudah sekian lama pula,malah hingga ke hari ini masih ramai wanita yang mencemuh,menentang malah menolak pemakaian hijab atau tudung kerana berbagai-bagai alasan.Antaranya ialah:
  • Ia tidak sesuai dengan iklim panas.
  • Ia menyekat kebebasan atau liberalisasi wanita
  • Tidak menampakkan gaya seksual atau unsur feminin
  • Menganggu keselesaan di tempat kerja
  • Tidak diizinkan suami
  • Iman tidak terletek pada pakaian atau tudung.
Dan banyak lagi...

Hari ini keadaan telah mengubah segalanya.Dimana-mana kita melihat wanita,malah lelaki turut menutup muka mereka dengan penutup atau topeng muka.

Ini sekali gus menolak kesemua alasan diatas tadi.


Semuanya terjadi apabila wabak H1N1 melanda.

Berita Harian pada dan 11hb Ogos melaporkan;

PELAJAR Sekolah Menengah Presint 9 (2), Putrajaya memakai topeng penutup
muka ketika mengambil peperiksaan, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1) yang sehingga semalam mencatat 32 kematian dan 1,983 kes di seluruh negara.

Pemakaian penutup(topeng) muka adalah kerana sebagai langkah mengelakkan jangkitan H1N1.

Jelas bahawa manusia begitu takut dengan H1N1 berbanding dengan Allah!.sedangakan berlakunya wabak H1N1 adalah satu bala yang Allah turunkan keatas manusia akibat aktiviti dan kecuaian mereka sendiri.

Sekarang tidak kedengaran alasan mengapa harus atau wajib memakai tutup atau topeng muka.

Sudah terbukti dengan jelas pemakaian tudung,atau hijab lebih besar menfaatnya kepada wanita namun kedegilan dan kejahilan menghalang mereka dari menerima kenyataan ini.

Mereka yang sesat dihujung jalan,perlulah kembali ke pangkal jalan.

Itu sahaja jalan yang selamat untuk hidup di dunia dan di akhirat.

Dan beruntunglah wanita yang berjaya meningkatkan keimanan dan ketaqwaannya sebagai bakal menjadi para ibu yang boleh membimbibng anak-anak dengan sempurna berlandaskan Al-quraan.

Para ibu seharusnya berbangga apabila ada kata-kata bahawa "Syurga terletak dibawah tapak kaki ibu"

Buktikan keikhlasan serta kejujuran memakai tudung,hijab atau topeng/penutup muka itu sebenarnya kerana Allah, kerana H1N1 itu juga datang dari Allah !

Takutkan Allah mengatasi segala ketakutan pada yang lain !







Tuesday, August 4, 2009

Jatuh cinta sekali lagi


Sudah seminggu kami berada di Kl ,
menziarahi anak lelaki yang baru berpindah ke rumah barunya di Lestari Pucong.
Sebenarnya kami ikut membantu mengemas dan memunggah barang-barang yang telah siap diisi ke dalam kotak .Kemudian dua tiga hari membantu membuat kerja-kerja pemasangan langsir dan lampu-lampu tambahan

Pada malam hari sabtu 1hb ogos
upacara ringkas menyambut harijadi aku dijalankan.
Aku lupa tarikh penting itu kerana kebetulan pada hari itu juga KL digegarkan dengan demo anti ISA.Aku membiarkan anak cucu yang ada mehembuskan lilin,dan memotong kek bagi pihak aku. Riuh rendah kami menjamu selera dengan satay . Upacara itu ringkas
tapi cukup bermakna kerana seminggu sebelum itu
aku telah jatuh cinta sekali lagi.!


Sebeluim itu ,pada Mac tahun 2006 aku melihat "nya" semasa berkunjung ke Alamanda di Putrajaya.Ia begitu memikat dan aku suka padanya.Setelah selesai "ijabkabul" aku berjaya memilikinya .Kami sekeluarga amat puas hati dengan prestasinya.

Namun menjelang bulan Jun 2009, kasih kami terhadapnya mulai semakin pudar kerana ia mula menampakkan banyak kelemahannya.Ia tidak lagi meyakinkan kami.Kepercayaanku kepadanya merudum.Akhirnya keputusan terpaksa diambil untuk men"ceraikan"nya.Ia sudah tidak lagi diperlukan samasekali.

Pada pertengahan bulan Julai, aku diperkenalkan dengan "calun "yang baru.Ia bakal menggantikan yang telah aku tinggalkan sebelum ini. Bentuknya,penampilan dan prestasinya jelas jauh lebih baik dan amat meyakinkan.Setelah membuat perbandingan dan sedikit penyelidikan aku mengambil keputusan untuk "memilikinya"

Ternyata benar bahawa aku sudah "jatuh cinta sekali lagi".

Aku percaya "Ia" mampu memainkan peranan dan menyelamatkan kami dari bahaya dan ancaman dalam kehidupan masakini. Kami ceria sekali dengan kemunculan "nya".


Ini lah rupa dan bentuknya yang menyebabkan aku "Jatuh cinta sekali lagi"





BIO PURE KEN 2

Perfect Flexibility
____________________________________________________
Reservoir Capacity Warm: 5L +/- 0.5L Hot: 1.6 +/- 0.2L
____________________________________________________
Resevoir Material Warm: ABSS Food Grade
Hot : Insuilated Satainless steel
____________________________________________________
Production Rate 8L -- 10L per Hour
____________________________________________________
Dimmension W260 x D470 x H510 (mm)
____________________________________________________
Net Weight 14.8kg
____________________________________________________

Seperti juga aku,sesiapa pun boleh memiliki "nya".Jika kepercayaan dan keyakinan sudah bertapak.

Sila hubungi kami melalui E-mail. atau telefon : 012-9399150.
( Hanya untuk yang tinggal di Kota Bharu sahaja)

Berkongsi segalanya tanpa prejudis



Tuesday, July 21, 2009

Wrestling smack down persis PRK Manik Urai

Pilihan Raya Kecil Manik Urai telah pun berakhir.Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah yang mempertahankan kerusi telah ditentang oleh calon Umno,Tuan Aziz Tuan Mamat. dan berkesudahan dengan calon Pas berjaya menewaskan calon Umno dengan kelebihan undi yang tipis iaitu sebanyak 65 undi.

Tiga hari kemudian , iaitu pada 17hb Julai,2009 , satu pertandingan "Wrestling Smack Down"telah diadakan dan dapat disaksikan melalui You Tube.

Pertandinagn ini telah di adakan di North Carolina State University,Amerika Syarikat iaitu di antara juara heavy weight John Morrison ditentang olah C M Punk.

Apa yang menarik tentang pertandingn ini ia adalah persis pertandingan kedua-dua orang calon parti politik di Manik Urai.

John Morrison yang berseluar panjang persis Mohd Fauzi Abdullah,calon Pas manakala C M Punk yang berseluar pendek ketat persis Tuan Aziz Tuan Mamat.



Ternyata kedua-dua orang yang bertanding mempunyai kepandaian dan tektik masing-masing.Mereka mempunyai peminat dan penyokong yang ramai. Sama lah juga keadaannya di Manik Urai sebelum ini,iaitu pada 14hb,Julai 2009.

Di saat akhir pertandingan kita dapat disaksikan yang John Morrison kelihatan akan tewas kepada C M Punk tetapi pengalaman dan tektik lincah John Morrison telah memberikan kemenangan kepada beliau di saat-saat terakhir (split second victory) iaitu dalam masa kira-kira 6.5 saat.Di Manik Urai Mohd Fauzi Abdullah menang dengan kelebihan 65 undi.


Dan yang lebih menarik dalam pertandingan wrestling tersebut,sebaik sahaja beliau diumunkan pemenang,John Morrison menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan C M Punk , namun tidak di sambut oleh C M Punk.Beliau terus sahaja turun dari gelanggang.Sikap begini mencerminkan bahawa C M Punk tidak mempunyai "Sporting spirit"

Samalah juga keadaannya di Manik Urai,penyokong dan pemimpin Umno awal-awal lagi telah meninggalkan pentas tanpa sempat mengucapkan tahniah kepada Mohd Fauzi.

Dimanakah silapnya sikap begini dalam budaya kita?

Seperti yang digambarkan oleh Kickdefella di dalam blog beliau bertajuk"Analisa Manik Urai: Cakap malam pandang-pandang , cakap siang dengar-dengar" antara lain beliau menulis;

" Pada hari pengiraan undi, jumlah penyokong PAS yang berkumpul di pusat penjumlahan undi lebih dari 3,000 orang tetapi di sebelah BN, tiada seorangpun penyokong atau pimpinan UMNO yang hadir walaupun keputusan hampir bila-bila masa menyebelahi mereka. "

dan kemudian sambungnya lagi,

" Di dalam sidang media jam 2.30 petang tersebut, YB. Fatah telah mengumumkan berdasarkan senarai yang keluar mengundi, PAS kini mendahului BN dengan 2,000 undi dan mengumumkan kemenangan PAS didalam PRK Manek Urai.

Terkejut dengan pengumuman itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan meninggalkan Manek Urai jam 3.30 petang dan sejurus dengan itu, jentera BN yang sebelum ini sibuk masuk ke segenap pelusuk kampung telah memberhentikan operasinya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut meninggalkan Manek Urai dengan kawalan polis pengiring. Pondok-pondok BN kesemuanya dikosongkan satu jam sebelum tamat proses pengundian.

Kesempatan ini diambil oleh jentera PAS menyemak senarai pengundi yang belum membuang undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS bersama jentera mereka menunggang motorsikal masuk ke segenap ceruk mencari mereka yang belum keluar mengundi dan merayu supaya mereka keluar mengundi dan memangkah bulan.

Akhirnya, keajaiban telah berlaku. PAS menang dengan 65 undi.

Kemenangan Termanis

Akhirnya, jam 9 malam, PAS telah meraikan kemenangan dengan penuh rasa bersyukur. Ini adalah kemenangan termanis dalam pengalaman mereka berhadapan dengan jentera gergasi BN di dalam Pilihanraya Kecil dimana sudah 12 tahun kemenangan menjadi milik UMNO. "

Begitulah juga yang berlaku di North Carolina State University,jaguh gusti John Morrison akhirnya berjaya memperolehi kemenangan manis setelah berjaya mengalahkan C M Punk yang begitu ghairah hendak merebut kejuaraan,tapi akhirnya kecundang .

Tuesday, July 14, 2009

Tak kenal..dan...tak rasa malu !



Di akhir-akhir ini,
kita seringkali membaca dan mendengar
ada berbagai tulisan,komen dan pandangan dilemparkan terhadap
Tok Guru,Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan.
Malah banyak tulisan dan komen (termasuk dari penulis blog)
terang-terangan menyindir,
memburuk-burukkan imej,
dan ada yang lebih teruk lagi
sanggup
mengeluarkan kata-kata kesat
yang tidak sepatutnya.

(Saya tidak akan turunkan contoh kata-kata,tulisan dan komen berkenaan demi untuk tidak mengotori posting ini)

IIman Asy-Shyafi'i ra , ketika mendapati ada seorang yang memperbodohkan ahli ilmu berkatkepada para pengikut yang ada di belakangnya ;

"Bersihkanlah pendengaranmu dari mendengar kata keji seperti kamu membersihkan lidahmu dari mengucapkannya.Sesungguhnya si pendengar adalah sekutu dari yang berkata.Orang yang lemah fikiran melihat kepada barang yang sangat buruk di dalam wadahmu. Kalau ditolak perkataan orang yang lemah fikiran itu,maka berbahagialah yang menolaknya,sebagaimana akan celakalah yang mengatakannya "

Dan beliau berkata lagi," Barangsiapa tiada menjaga dirinya maka tak bergunalah ilmunya".

Secara peribadi,saya rasa jika kita tidak begitu mengenali seseorang,hati budinya,cita-cita , perjuangannya , dakwah serta falsafah hidupnya,kita tidak seandaiya layak untuk membuat komen , apalagi menyindir atau mencemuhkannya..

Dengan sehebat mana pun kita menulis dan berfikiran , ia hanyalah menifestasi akal kita yang cukup terhad berbanding dengan pengetahuan yang di miliki Allah Yang Maha Esa. Jadi janaganlah kita "mendewa-dewakan" akal kerana perbuatan "mendewa-dewakan akal adalah satu kesesatan "

Siapakah kita untuk berbuat demekian.Sudahkah kita melihat wajah dan diri sendiri di cermin. Tanya sama hati untuk apa kita berbuat begitu.Untuk wang..untuk mengampu...atau untuk memenuhi tuntutan syaitan dan iblis!

Saya tidak hendak mengkritik atau mengajar sesiapa , jauh sama sakali dari hendak bermusuhan tapi sekadar untuk berkongsi maklumat dan pandangan tanpa prejudis!

Terlalu sakit rasanya hati dan terlalu pedih rasanya mata melhat tulisan dan seumpamanya yang sengaja dilemparkan terhadap TGNA. Seorang murid, sekalipun dalam keadaan marah dan benci terhadap gurunya tidak akan menguggurkan perkataan "Cikgu."ketika menyebut nama gurunya.Inikan pula terhadap seorang "Tok Guru" atau ulama yang disegani ramai. Ulama adalah pewaris para nabi dan anbia'

Jauh disudut hati kecil, saya merasakan "penulis,pengulas dan blogger yang terbabit" tidak begitu mengenali dan tidak mempunyai rasa malu terhadap watak sasarannya

.
Allah berfirman dalam Surah Al-Araf;Ayat 199.yang bermaksud;

"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik,serta berpalinglah (Jangan dihiraukan)orang-orang yang jahil. (Yang degil dengan kejahilannya)"


Dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;

" Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba,sehingga lurus pula hatinya , dan tiada akan lurus hatinya ,sehingga lurus pula lidahnya.Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga , selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya".


Ibnu Mas'ud (Abdullah bin Mas'ud) r.a. pernah berkata :

" Wahai Lidah ! Sebutkanlah yang baik-baik,niscaya engkau akan dapat faedah.Dan berdiamlah dari berkata buruk,niscaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal."


Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya, siapakah di antara kaum mukmin yang paling utama keimanannya ?Baginda menjawab: Yang paling baik budipekertinya.

"Sesungguhnya kamu sekelian tidak akan sanggup mempengaruhi manusia dengan hartamu ; dengan itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan budipekerti yang baik"


Dan ini terdapat pada watak Tok Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz .b. Nik Mat.


Itulah yang aku tahu ....dan aku malu padanya !


Sunday, July 12, 2009

Tak kenal maka tak tahu !

Lazimnya ungkapan "Tak kenal" akan dilengkapi dengan "maka tak cinta" Semua orang sudah memahami maksudnya.Tapi kami mahu ungkapan itu di ucapkan begini ;

"Tak kenal,maka tak tahu".

Saya dan isteri mulai mengenali secara lebih dekat Tok Guru,Nik Abdul Aziz Nik Mat mulai pada tahun 1982 dimana di setiap kuliah agamanya kami ikuti.

Bermula dengan kuliahnya melalui kitab "Ihya Ulumiddin" (Atau jiwa agama karya Iman Ghazali) , diikuti dengan Fiqah Sirah,( empat mazahab) kemudian Sirah Nabi dan sehinggalah mengenai tafsiran Al.Quraan. Semuanya diikuti sehingga kini.


TGNA ,walaupun dalam kesibukan menjalankan tugasnya selaku Menteri Besar Kelantan ,beliau masih tidak merenggangkan dirinya dengan kuliah agamanya setiap minggu.

Wajah yang ceria dan tenang

Tidak pernah kami temui seorang wakil rakyat dan juga selaku pemimpin serta ketua Negeri mempunyai komitmen yang begitu tinggi terhadap rakyatnnya.
Dalam satu minggu, paling tidak terdapat empat kuliah tetap beliau ..Biasanya beliau mengadakan kuliah selepas waktu maghrib pada setiap malam Khamis,kemudian pada setiap malam Jumaat.Esoknya kuliah Subuh pada pagi Jumaat.

Sesudah selasai sembahayang subuh dan syarahan ringkas ia diikuti dengan upacara "Bercukur rambut" atau"Belah mulut" setiap anak yang dibawa oleh puluhan pengunjung.Beliau tidak pernah menolak walau seorang pun.Kadangkala beliau terpaksa duduk berjam-jam melayan ibubapa serta anak -anak mereka.


Ada juga anak yang dibawa oleh ibu atau bapa datang dari keluarga Umno.Tok guru tidak memilih bulu.Beliau akan memotong rambut si anak dan berdoa untuknya.


Pendek kata suasana pagi Subuh di Masjid Pulau Melaka (Bersebelahan rumah beliau) adalah bagaikan pesta dinihari. Ibubapa datang dari seluruh negara seawal jam 5 pagi.Kawasan sekitar penuh sesak dengan kenderaan.

Kemudian beliau akan hadir dalam Majlis tetap mingguan , iaitu Majlis Ilmu di Dataran Ilmu ditengah-tengah pusat Bandaraya Islam,Kota Bharu. Selalunya beliau akan berjalan masuk ke pentas khas pada jam 9.15 atau 9.20 pagi dan akan memulakan kuliahnya tepat jam 9.30 pagi.Beliau cukup "punctual" dengan waktunya.

Menunggu ketibaan TGNA
Kuliah berjalan selama sejam dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.Medan Ilmu kemudian bertukar menjadi medan membeli belah.Pengunjung akan membeli berbagai keperluan yang di sediakan oleh para peniaga di sekitar Medan Ilmu.


Amir Muhammad.seorang kolumnis yang terkenal menulis di dalam sebuah kolum bertajuk; "Pulp Friction:Tomyam and the oracracy" keluaran the Malay Mail pada 24hb,Jun 2009 antara lain menyebut tentang Tok Guru ;


"He spoke for almost an hour but thousands of people stayed put. It’s a weekly ritual known as sekolah atas tembok, which in this context translates to mean ‘school on the street’ rather than ‘school on a concrete wall’. He didn’t have to raise his voice;

The 78-year-old is a skilled orator who makes people want to stay quieter in case they miss something.


He made them laugh, make them nod and kept them keen."

Kami kira sesiapa sahaja yang berkunjung ke Medan Ilmu pada setiap pagi Jumaat akan dapat merasai suasana, sikap dan semangat penduduk MPKB,Bandaraya Islam dalam usaha mereka menambah ilmu dan pengajian Islam.

Ini adalah aktiviti tunggal yang terdapat di dalam Negara dan di pancarkan keseluruh dunia melalui TV Pas dan Portal TV Kelantan.


Bersalaman dengan orang ramai sebelum memulakan kuliah

Wajah orang ramai kelihatan bersemangat dan ceria setiap kali ToK Guru melangkah masuk untuk memulakan kuliahnya sesudah bersalaman dengan puluhan pengunjung yang membarisi laluan beliau menuju pentas.

Itulah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wednesday, July 1, 2009

Semalam dengan "Award"

Semalam,
tanpa diduga,aku telah menerima satu award
dari
Che Mar, anak buahku yang rajin blogging.
Dulu beliau amat rajin melukis 'Graf'.
Aku hanya mampu mengucapkan "Terima kasih" kerana itu.

Sememangnya
dunia ini adalah kecil.

Yang terpisah sekian lama akan bertaut kembali.

Ada kalanya
menjadi rakan seperjuangan

dan ada kalanya pula mungkin menjadi ahli keluarga baru
seandainya begitu atas kehendak takdir
yang paling utama
kita redha




Hai... bila dah dapat awards ni,hilang idea nak buat posting baru.Tengoklah
sehari dua lepas ni.....