Followers

Monday, November 9, 2009

Count Down Haji:Menjadi tetamu Allah.


Baitullah


Alhamdullilah,syukur kepada Allah...

Saat penantian dan pengharapan akhirnya terkabul juga apabila aku disahkan terpilih untuk ke tanah suci,bagi menunaikan haji bagi tahun 2009 bersama isteri.

Berikut ialah urutan peristia dan masa yang aku tempuhi:

1.Awal Nobember.: aku menulis surat rayuan kedua kepada pihak Tabung Haji untuk memberikan aku pertimbangan.Tidak ada jawapan.

2.Kami ikut sama (menumpang) Kursus Haji Perdana di Bachok selama sehari semalam.

3.Kami menghubungi pihak tertentu (yang mengurus jemaah haji) dan bayaran tambahan akan dikenakan jika kami besetuju.Kami Tidak yakin dan merasai ia kurang elok untuk tujuan ibadah .Kami menolak akhirnya.

4.3hb.November:(Selasa) Kami ke Pejabat Tabung Haji,kb,untuk menyemak status.Tiada keputusan.

    Anak- saudara kami yang bertugas sebagai pilot meminta kami mengirimkan passport ke Kl melalui rakan pilot nya yang akan ke-kota Bharu pada jam 11 pagi.Kami bergegas ke lapangan terbang dan berbuat seperti yang diminta.Ia akan diserahkan kepada pihak kedutaan Arab Saudi selewat-lewatnya pagi Jumaat, 6hb.November.

6.4hb.November(Khamis.) Kami menerima dua buah buku pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang kb dari anak saudara yang secara kebetulan menerbangkan pesawat ke kota bharu pada petang itu.Petang itu seluruh keluarga berkumpul untuk mengucapkan selamat jalan kepada adik ipar aku yang akan ke Tanah Suci  pada 5hb.Beliau diringi oleh anak lelakinya.

7. 6 dan 7hb November(Jumaat da Sabtu). Cuti hari minggu di Kelantan.Kami berkira-kira hari untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

8. 8hb Nobember.(Ahad) Cuti tambahan kerana Kelantan berjaya ke final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan. kami disarankan supaya mendapatkan pemeriksaan di Jertih,Terengganu.Pads jam 9pagi kami bergegas ke Hospital Besut di Jertih.

      Dengan pertolongan Allah,semuanya lancar dan  selesai pada jam 1.15 tengahari.Selepas minum di sebuat restoran atas pelawaan seorang anak buahku yang kini bertugas di Tabung Haji ,Jertih ,kami bergegas ke Kampung Raja untuk mendapatkan  suntikan influenza dan meningitis.Malangnya  salah satu dosenya tak ada.Kami pulang sahaja keKB pada jam 3.30 petang setelah selesai solat di Mesjid Kg.Raja.

9. 9hb.November (Isnin) Jam 8.30 pagi kami bergegas ke Pusat kesihatan Pesakit Luar di hospital KB untuk mendapatkan suntikan dan pengesahan pegawai perubatan.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan kira-kira jam sepuluh pagi kami terus ke Tabung Haji kb, untuk menyemak status.Sukacita kami disahkan terpilih menunaikan haji dengan KT66. Ia itu  pada hari Rabu di Kelana Jaya.

.  Kami menghubung anak-anak dan saudara terdekat.dan bergegas ke kedai Jaafar Rawas untuk mendapatkan beberapa keperluan .Kami kemudian terus ke airpot untuk menempah tiket ke KL pada 10hb,(Selasa).Dan kami akan berlepas ke KL pada jam 4.00 petang ini (19hb,Nobember)  dari Pengkalan Chepa.dewngan Mas Airlines.

.  Dari petang sehingga  lewat senja ,saudara mara dan jiran terdekat memnuhi rumah kami.Kami sungguh terharu.Air mata dah mula mengalir,kadangkadang suara tak terkeluar semasa  menjawab telefon..Segala-galanya terbayang antara suka dan duka dan rasa terharu Semuanaya bagaikan mimpi.

   Disebelah malamnya sempat juga ahli-ahli keluaraga terdekat  berkumpul untuk menunaikan solat hajat memohon keredhaan dan pertolongan Allah.

     Di halaman ini aku dan isteriku memohon ampun dan maaf kepada kesemua rakan-rakan blogger,Doakan kami selamat pergi dan balik.Semoga kami memperolehi Haji Mabrur.InsyAllah.

    Kepada pengikut-pengikut setia aku terutamanya: MrsNor,Anak Tumpat,CikMar, AmyNujaimy,
Kickdefella,House of Tot,Bukit Sakti,Mother of  Abdul,dan banyak lagi tak dapat aku nak turunkan semuanya,aku ucapkan terima kasih,maaf zahir batin sekiranya berlaku salah silap bahasa dan gurau senda di blog yang mengguris hati kalian.Doakan agar kami selamat tiba dan kembali!!...

 Yang ikhlas
 Itulah Aku / Probakti
(Yamin Mohd Hussain dan Isteri)

 9.00pagi (10hbNovember.2009)

6 comments:

  1. Salam cikgu yamin..
    tahniah dapat jadi tetamu Allah. Moga selamat perjalanan ke sana dan sy doakan moga sehat juga sepanjang disana agar dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur. Tumpang gembira. Teringin nak jejak sekali lagi kaki ke tanah suci..kalai terakhir ke sana 2001... dah lama tu...lambai2 kan sy utk sampai sekali lagi ke sana

    ReplyDelete
  2. Salam cg..
    Alhamdulillah, tercapai jgk hasrat cg & isteri nk ke tanah suci..Sy doakan yg terbaik utk cg & isteri, semoga semuanya dlm keadaan selamat & berjalan dgn lancar..Doakan utk sy di sini jgk ye!

    ReplyDelete
  3. salam cikgu.....

    alhamdulillah, cikgu dpt juga menjadi tetamu Allah kali ni...... semoga cikgu dan isteri beroleh haji yg mabrur.... selamat pergi juga selamat kembali.... doakan juga utk kami di sini...... supaya dpt mengikut jejak langkah cikgu utk memunaikan ibadah nan satu itu...... amin.

    ReplyDelete
  4. Al Quds Travel Welcome You :-

    "AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
    Date : 10,11,12 December 2009
    Time : 10.30 am - 10.00 pm
    Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
    Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
    Official Radio : THR Gegar FM
    Tel No : 609-747 9999

    Diskaun hebat untuk semua
    pakej pelancongan!!!

    ReplyDelete
  5. Beruntung Tuan dapat menjadi tetamu Allah. Tidak ramai yang mendapat tiket jemputan itu walaupun berhajat sangat. Semoga ibadah Tuan di terima Allah.

    ReplyDelete
  6. salam.. Alhamdulillah, saudara probakti adalah salah seorang daripada jutaan manusia yang menjadi pilihan Allah untuk menjadi tetamunya.. semoga mendapat mendapat haji mabrur... doakan saya, supaya dipermudahkan urusan untuk ke sana menjadi tetamuNya...

    ReplyDelete