Perjalanan yang lambat mengikut arus |
Satu ketika dahulu ,aku menyertai sekumpulan sepuluh orang budak-budak pengakap bersama seorang gurunya iaitu dari kumpulan 26 Kelantan English School,Kota Bharu Kelantan mengembara dengan rakit di Ulu Kelantan.
Terkandas di atas pasir sungai yang cetek |
Kami keletihan dan walaupun jangkaan akan sampai di Lubuk Bungur jam 7.30 malam,kami semua mengambil keputusan mendirikan khemah di tengah hutan di Pasir Tia dan bermalam di situ.Keesokannya kami meneruskan perjalanan. dan tiba di Lubuk Bungur jam 11.30 tengahari.
Gambar kenangan di Air Lanas |
Berikut ialah ringkasan pengembaraan kami:
8hb April : Bertolak dari Kota Bharu.
9hb April: Tiba di Lubuk Bongor,dan mula membina dua buah rakit dengan buluh yang dibeli berharga 8 ringgit untuk sebuah.Kami berehat dan bermesra dengan penduduk kampung selama dua hari.
11hbApril: Selesai menunaikan Solat Jumaat, kami memulakan pengembaraan berakit pada jam 3.30petang.Setiap buah rakit menampung 6 orang,tiga di hadapan dan tiga di belakang.Lewat petang itu kami mendarat di Jerimbong dan bermalam di situ.Unggun api terpaksa dinyalakan sepanjang malam di hadapan khemah.
Bersama adik-adik di Kuala Balah |
12hb April: Meneruskan perjalanan dan tiba di Pekan Kuala Balah pada jam 10.10 pagi dimana kami membeli belah dan melapurkan diri di Balai Polis. (Keadaan Darurat masih dikuatkuasakan).Kami bermalam di situ.
13hb April: Memulakan perjalanan di awal pagi menuju Kuala Krai.Menempuh dua halangan yang besar.Pertama terpaksa menuruni jeram berbahaya di Cegar Bedil dekat Dabong dan keduanya melalui Lembah Pergau yang begitu dalam dan airnya berwarna kehijauan.Kami tidak dapat menggunakan galah dan hanya mengikut arus sungai.Tiba di Kuala Krai jam 6.30 petang dan bermalam di situ. Beberapa orang peserta belot, dan pulang ke Kota Bharu dengan bas .
Keadaan cemas semasa melalui jeram |
14hb April: Dalam kesamaran kabus pagi dan sungai yang begitu lebar kami bertolak dari Kuala Krai dan tiba di Temangan lewat petang itu dan kami bermalam di situ.
15hb.April: Bertolak dari Temangan di awal pagi dan meneruskan perjalanan sehingga waktu malam dari Kemubu menuju Kota Bharu.Malangnya rakit kami terkandas di atas benteng pasir di Lemal,Pasir Mas.Akibat keletihan dan tidak berdaya hendak menolak rakit,.Kami tidur sahaja di atas rakit..
Menolak rakit ketika menuruni jeram |
16hb April: Setelah mengambil sarapan pagi di Bandar Pasir Mas,kami bertolak menuju Kota Bharu.Pejalanan terlalu lambat kerana arus sungai begitu perlahan.Kami selamat sampai di Kota Bharu pada jam 4.45 petang. dan mendarat di Tambatan Di Raja .Pengembaraan berakit selama 6hari 5 malam berakhir.
Pengalaman berakit ke Hulu,berakit ke Hilir memberikan kesan yang mendalam kepada jasmani,rohani dan pemikiran. Ia berjaya membentuk nilai-nilai kemanusiaan,jatidiri dan lebih utama ialah lahirnya rasa kecintaan kepada alam sekitar.
Ada ketikanya kami terpaksa menahan lapar lantaran ikan sardin dan minyak masak kehabisan .Ada kalanya kami menahan rasa takut dikala mendengar deruan air di jeram dalam jarak 500 meter.Takut nanti ada kemungkinan rakit kami pecah terkena batu,dan mungkin ada yang mati lemas.Ada ketikanya di saat hendak melelapkan mata ternampak kilauan mata haiwan di dalam gelap. Yang berada di pintu khemah tepaksa berjaga sepanjang malam supaya unggun api terus menyala.
Adakalanya ketika duduk berhanyut di atas rakit, airmata mengalir mengenangkan keluarga atau kekasih di rumah.
Ada suatu ketika semasa berada di kawasan lurah berhampiran Kuala Balah,kami mendongak dan terpegun melihat satu batang balak tersangkut tinggi diatas sebatang pokok yang besar. Ia adalah tanda paras air banjir 1967 di kawasan itu.Hati kami sayu membayangkan bagaimana penduduk dikawasan itu menderita.Tidak hairan lah ada cerita yang mengatakan mereka berpaut pada pokok2 besar dan hanyak makan pucuk-pucuk kayu yang ada untuk survival!
Sebagai perbandingan kegitan mengembara dengan kayak di sungai atau tasik yang tenang tidak memberi cabaran besar kepada pengembara.Anak-anak perlu di pimpim untuk mengenali alam yang lebeh mencabar seperti yang kami lakukan atau mendaki gunung yang banyak terdapat dalam negara.
Persoalannya, mana mungkin guru-guru yang sudah tua (yang menyambung khidmatnya selepas pencen) mampu mendampingi anak-anak remaja mencari pengalaman dalam mengambara.Berapa ramai dari kalanagn mereka ini ingin meyabung nyawa demi untuk melatih anak-anak remaja dengan pengalaman baru ?
Sayangnya,ramai anak-anak muda lulusan universiti dan maktab perguruan tidak di berikan peluang.Tenaga muda begini penting untuk meneroka alam pengambaraan dalam pelbagai bidang,namun jawatan yang sepatut mereka sandang di berikan kepada guru-guru tua yang pastinya enggan atau gagal menyahut cabaran masakini.
Sesungguhnya,pengambaraan kami adalah gabungan anak-anak remaja yang berani dengan guru-guru muda yang bertenaga !
Perjalanan yang sugguh memenatkan |

No comments:
Post a Comment