Followers

Friday, March 4, 2011

Lagenda "Kota Bijaksini"

Lambang kemewahan
                                                         
""   Kota Bijaksini  "

Falsafah negara:  " Rakyat dibuahhulukan,pencapaian dicengkam "
                          * Kemewahan diutamakan , kebajikan dikemudiankan"
Rakyatnya terdiri dari:

Memanda menteri  berjawatan tinggi/profil tinggi
Para menteri  (kaya raya)
Dato penasihat { termasuk bukan warga negara)
Hakim hakam
Bendahara
Temenggong
Bendahari
Ahli Nujum
Tukang-tukang bodek.
Rakyat jelata (Bawahan) ramai yang kena cucuk hidung.

 Kota pesat membangun,kemewahan di sogokkan,kebebasan anak-anak muda dijamin,remaja digalakkan bercampurgaul  dan menikmati konsep hedonisma.Sikap  permisif para pemimpin serta pembesar disanjung.dan dianugrah pelbagai gelaran serta bintang kebesaran


Lambang penderitaan
                                                                       
 Rakyat bawahan masih terpinga-pinga  mencari realiti,sukar membentuk identiti namun ramai yang   berjaya di "Kadokkan"( harapan untuk melahirkan 1Kadok adalah tinggi) ,.Hidup asyik bersorak  biarpun kampung tergadai.

Hari ini kampng halaman diruntuhkan dan akan digantikan dengan menara-menara tinggi yang indah persis taman tergantung.Rakyat mendongak ke atas melihat puncak  menara dilindungi awam .Para pembesar meneropong ke bawah melihat rakyat bagaikan semut  hitam kecil berbaris panjang menunggu jemputan untuk naik ke puncak supaya sama-sama menikmati kemewahan.Rata-rata rakyat  menyanyikan lagu semangat,"Kutir-kutir semut..siapa sakit naik atas".

Ramai pemimpin dan  rakyat tergelincir lalu menjunam kebawah.

Pembangunan yang berpaksikan kemewahan serta  kemegahan tidak menjaminkan pahala mahupun kebajikan rakyat jelata.di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.Ramai yang nanti terseret sama ke neraka!

 Itulah akibat mengejar pembangunan material, kemewahan dan keegoan tanpa menitikberatkan dosa pahala.Idea orang-orang yang bijak pandai berpaksikan kejayaan di"sini" dan tidak mengambil kira apa akibatnya  di"sana" nanti !.

 Justeru itu, kehidupan  yang berpaksikan konsep sebenar "Bijaksana" (Baik disini,baiklah disana,selamat disini selamat lah di sana , berjasa  disini pahala disana , Muslim di sini,syurga di sana ) tidak diberi keutamaan.,malah semakin dibelakangkan.

Sayangnya, perjuangan menegakkan "KeMelayuan" yang begitu hebat  "Di sini" , tidak lagi signifiken langsung  "Di sana "..   

2 comments:

  1. assalamualaikum....

    apakan daya , hanya itu qudrat kita ...

    harap2 kita dpt bermegah di syurga nanti , insyaAllah

    ReplyDelete