Followers

Tuesday, July 6, 2010

Berbudi pada tanah

    Semenjak kami berpindah ke rumah sendiri dua puluh tahun yang lalu,ia itu yang terletak di atas tanah yang hampir suku ekar luasnya,kami menanam apa sahaja jenis pokok buah-buahan.
                               
                                                Hasil sulung durian .Dapat dicapai dengan tangan 
    Setahun kemudian kami mula menikmati hasilnya apabila pokok-pokok pisang mengeluarkan buahnya  diikuti oleh pokok pauh.

    Sememangnya berbudi pada tanah banyak ganjarannya.Selain beroleh pahala , burung-burung dan ungas serta tupai  tumpang menikmati hasilnya.
                                                      Buah yang hijau akan bertukar merah       
    Hari ini aku dapat melihat hasil tanaman pokok durian  yang ditanam lebih kurang sepuluh tahun lalu mengeluarkan buah sulungnya.Walau pun buahnya tidak begitu banyak,tetapi ia amat mengembirakan .
                                                                  Buah ciku
    Aku tidak begitu selektif.Asalkan dapat apa sahaja benih pokok buah,aku tanam sahaja di sekeliling kawasan rumah.

    Bermula dengan pokok pisang,kemudian kelapa,pauh,jambu,limau bali,ciku,manggis dokong dan yang terakhir ialah pokok salak.
                                                         
                                                           Buah salak yang manis
    Pisang,umpamanya tidak pernah putus-putus mengeluarkan buah.Aku gemar sekali menanam pisang  kelat keling atau restali,kebatu,pisang emas dan pisang lemak manis. Kebanyakan hasilnya dikongsi bersama jiran,anak-anak dan sanak saudara.
                                            
                                                 Pisang emas tidak pernah putus hasil keluarannya
    Masa yang terluang banyak aku habiskan  di sekeliling rumah.Mencuci kawasan
dan memungut hasil buah-buahan apabila tiba masanya.

    Pendek kata apabila kita berbudi pada tanah,  hasilnya  amat memuaskan.Bagi aku kegembiraan ialah apabila dapat menikmati hasil titik peluh sendiri.
                                     
                                                        
   Tahun ini ,hampir kesemua jenis pokok buah-buahan mengeluarkan buahnya serentak.Sebulan dua lagi boleh lah dipetik hasilnya.



Buah pauh  atau mempelam          
                                                                  Buah dokong        
                                                        
   Kita berbudi, Allah memberi rezeki .    

  Apapun,kesemunya adalah anugrah dari Nya.



                                                                                                                                                        Buah rambutan menghijau

Thursday, July 1, 2010

Sepetang di taman



                    Dalam perjalanan menuju ke Taman  Perbandaran Tengku Anis               
   Petang itu,23hb,Jun,2010,(Rabu), aku berpeluang buat pertama kalinya mengunjungui Taman Perbandaran Tengku Anis,yang terletak di pinggir Bandaraya Kota Bharu,bandaraya Islam. yang pembukaan rasminya telah dilakukan oleh Ke bawah Duli Yang maha Mulia,Tuanku Sultan Ismail Petra pada  4hb.sepetember 2004.

                                             Laluan pejalan kaki yang  menghijau 
                        
 Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam Taman itu ,aku terasa satu kelainan .Terasa  amannya keluarga bersama anak-anak melakukan berbagai akativiti,jauh dari kesibukan kota.Taman  ini  sebenarny  terletak tidak jauh dari Tanjung Chat dan bersebelahan dengan  Kampung Wakaf Mek Zainab dan Taman Bendahara..

                                           Pancuran air yang menarik              
    Selain dari kawasan permainan  dan kolam mandi yang amat cetek untuk  kanak-kanak kemudahan untuk berjalan kaki dan berjogging  disediakan.


                      Kanak-kanak ditemani ibubapa bermain riang      
    Apa yang menarik,ramai kanak-kanak yang diiringi ibubapa  riang melakukan berbagai aktiviti.


                                  Mandi- manda di kolam air pancur yang cetek        
    Ternyata taman ini dapat mewujudkan  "Suasana kekeluargaan" dan "ketenangan".Anak-anak dan remaja berpeluang  bersama kelurga masing-masing berkongsi masa bermain dan bergaul sama.Ini adalah salah satu ciri penting dalam membangunkan anak-anak dan remaja,membentuk dan mendidik jiwa untuk menghayatai ketenangan dan kegembiraan dalam hidup. 

                                      Remaja berehat sambil menikmati makanan ringan                                
   Namun jauh di beberapa sudut terdapat anak-anak berjalan dan ada yang duduk bersendirian. tanpa di temani ibubapa.Mungkin ibuabapa mereka masih sibuk berkerja atau  berada dalam perjalanan pulang....justeru anak-anak  meluangkan masa lapang mereka sendirian!

                                            Bermain dengan rusa di  Taman Rusa                                       
   Sebenarnya ,di Taman  beginilah anak-anak,remaja dan keluarga boleh berkongsi  masa,rasa dan pengalaman.Sekurang-kurangnya mereka diajar untuk mencintai dan menghormati alam sekeliling,memiliki perasaan halus dan sensitif.Ini  Penting kepada pembinaan watak dan peribadi yang baik,tenang tetapi responsif !.                                        
                                           Laluan untuik berjogging                    
   Sayangnya,ketika orang lain bebas menikmati persekitaran  begini,masih ramai lagi anak-anak dan remaja dikonkong jiwa mereka oleh sikap pesimis keluarga terhadap kemudahan yang disediakan  di taman begini.                                                         
                                                       Hijau dan teduh
   Masih ramai anak-anak dan remaja terhalang dari mempelajari , memahami dan menikmati keindahan sesebuah taman permainan akibat  kejahilan ibubapa  dan  sifat tamak mereka mengejar kepentingn diri sendiri
                                            Peringatan di segenap sudut pejalan kaki
  Akibatnya,  anak-anak dan remaja membesar dan tidak tahu serta pandai  menilai erti sesebuah taman !

Monday, June 21, 2010

Yang masih dalam ingatan

  Diantara hobi yang aku suka ialah  mengumpul dan menyimpan barang-barang lama yang terdiri dari pasu bunga,tempayan,balang dan piring tembikar  dan sebagainya.

Hampir setiap satu daripadanya mempunyai latarbelakang atau sejarahnya tersendiri. Sehingga kehari ini ia masih segar dalam ingatan


                                                                
    Ini  asalnya adalah   hiasan lampu meja yang dihadiahkan oleh adikku yang masa itu mengikuti suaminya tinggal di Beijing. Lukisan tangan di sekelilingnya halus dan indah.


                                                                                                      
           Dan yang  ini juga  dari Beijing yang mengandungi lukisan halus dan menarik.


                                                             
            Piring kecil ini hanya berukuiran 14 sentimeter sahaja yang aku perolehi disebuah kedai  di Pasir Puteh sebulan lalu. Ia dihiasi dengan gambar lukisan tangan dua ekor ikan. Ini adalah salah satu barangan  antik yang aku sayangi .


                                                                    
            Ini adalah sebenarnaya bekas air.Terdapat paip kecil ditepi sebelah bawahnya .(Kini sudah tiada lagi) .Ia  adalah milik ibuku dan  sentiasa bersama keluarga sejak aku berusia enam tahun lagi.Di tepinya terdapat lukisan tangan pemandangan yang berwarna warni.Tapi telah lama luntur dan aku gantikan dangan  warna gelap.Ia pernah di simpan dibawah rumah.Aku memungut dan memulihkannya.


                                                    
           Ini pula  tempayan besar peninggalan ibu mertuaku.Warna hijau nya menjadikan ia kelihatan segar.Aku  jadikannya hiasan untuk meletakkan bunga-bunga di bilik tamu.

                        
                                                            
          Sekali pandang ia kelihatan seperti '"The Leaning Tower of Pisa'' ,tapi ia sebenarnya adalah salah satu hasil rekaan anak bongsu kami semasa menuntut di UITM. Bahagian  atasnya sengaja dicondongkan untuk menarik perhatian.


                                                              
          Yang ini  adalah pemberian adik perempuanku yang  mengikuti suaminya tinggal di Iran sebelum berpindah ke Beijing. Lukisan dan tulisan khatnya sungguh menarik .

                                                      
                                                               
          Dan yang ini adalah cenderahati dari adik perempuan yang menetap di Kuala Lumpur   yang di berikannya i pada tahun 1976.

Apa yang tersimpan bukanlah hanya untuk hiasan semata-mata ,tetapi sebagai  lambang kasih dan ingatan mesra ibubapa,keluarga dan kenalan dimana jua berada.
             

            

Tuesday, June 8, 2010

Lopat Tike' (Lompat Tikam)

                                         Lopat tike        

Bunyinya seakan-akan satu teknik dalam gerak Kung Fu atau Silat.

Tetapi ia  sebenarnya adalah sejenis makanan popular di Kelantan sejak zaman berzaman.
Entah bagaimana nama itu diberikan tidak diketahui asal usulnya .Ia sudah menjadi sebati dengan hidangan tengahari,petang atau malam sebagai dessert atau pembasuh mulut.

                                  Kompoisisi utama Lopat Tike   
                 
Lopat tike mengadungi 3 komposisi utama iaitu tepung beras,pulut dan krim santan pekat disertai manisan cair. Rasanya enak , manis dan lemak.

Ia boleh di dapati di kebanyakan pasar,gerai-gerai makanan dan direstoran tertentu.

                                  Apabila bungkusan dibuka....   
            
Yang menarik ,lopat tike mempunyai kompoisisi tiga warna;hijau ,merah dan putih.

Antara tempat-tempat di mana lopat tike boleh didapati ialah di pasar malam, dan di dalam pasar di kebanyakan tempat di Kota Bharu dan di pasar-pasar di seluruh negeri Kelantan.
                                  Membeli lopat tike di Pasar  Berek 12    
                        
Antara lokasi utama untuk mendapatkan lopat tike ialah di Pasar Siti Khatijah dan di Pasar Berek 12, di Kota Bharu .

Di Pasar Berek 12 ,lopat tike hanya boleh di peroleh dari jam 9.30 pagi dan ia akan kehabisan dalam tempoh 2 atau 3 jam sahaja.


                             Lopat tike dihiasi kiub ais
       
            
Lopat tike memang enak di makan bersama keluarga dan lebih menarik lagi jika di hiasi dengan air batu parut atau  kiub ais.

Kini tepat pada masanya pakar-pakar makanan di negeri Cik Siti Wan Kembang berusaha untuk "upgrade" lopat tike , memberi persembahan yang lebih baik,gubahan dan cara hidangan dan promosi serta iklan yang menyeluruh supaya lopat tike akan berada setanding dengan "desserts" popular dari barat.

                                                       
Banyak lagi makanan tradisional yang boleh berjalan seiring dengan lopat tike seperti Jala Emas, Tepung pelita , nasi kaya, rotijala ,tahi itik dan sebagainya.

Malangnya kebanyakan makanan kita ini menjadi seperti "melukut ditepi gantang "bila di bandingkan dengan pizza,burger,hotdog,nuggets dan seumpamanya yang berasal dari barat.

Justeru makanan kita ini menerima nasib seperti yang dikatakan pepatah;"Kera dihutan disusui,anak diriba di biarkan..."

Monday, May 31, 2010

Keputusan yang patut dicontohi....

                                                   
                                                                                                             
Satu temubual telah di adakan dengan seorang saudari baru,Nicole Queen' dari Dallas,Amerika Syarikat yang telah memeluk Agama Islam pada  bulan Mei,2007.

Keputusan yang di buat oleh Nicole adalah atas kehendak dan keyakinan diri sendiri,bukan disebabkan oleh pengaruh atau desakan seseorang. Bukan juga atas dasar cinta terhadap seseorang yang boleh menghanyutkan tapi dari kajian,penelitian dan pemahaman yang mendalam terhadap Islam.

Apapun,ia adalah atas kehendak Allah kerena memberi hidayatNya .

Keberanian dan keikhlasan Nicole  patut menjadi contoh kepada gadis-gadis dan wanita kita di Malaysia, termasuk lah artis-artis (wanita) popular negara supaya terangsang sama untuk berubah.....demi untuk Islam.

Ikutilah penjelasanya dan selami maknanya yang tersirat...semoga sama-sama mendapat manfaat darinya.

"Allah mencipta keindahan...dan Allah suka pada yang indah!"

Sunday, May 30, 2010

Sejakku terpikat pada DIY.........

Entah sejak bila aku mula terpikat  pada DIY,tidak aku ingat.

Lama sebelum berpindah ke rumah  baru yang aku  usahakan (1989),aku telah pun mula meminati DIY dan bergiat dengan nya bila ada masa lapang.



                                Ruang rehat keluarga setelah diubahsuai                              
Semua orang tahu, DIY (Do It Yourself) adalah satu hobi yang mempunyai banyak kebaikan dan bentuknya.Aku tidak memilih bentuk atau jenisnya. Apa sahaja bentuk asalkan hati tertarik akan ku laku dan usahakan sampai selesai.Ada kalanya ia memakan masa sahari dua,minggu malah ada yang sampai berbulan-bulan lamanya.

Selain melukis,aku juga berminat dalam memasak (terutamanya desserts),kraftangan, perabut  dan pembinaan..Asalkan ia murah dan ada nilai estetikanya yang tersendiri ,aku akan melakukannya. 
                  

         Lukisan 'Helliconia' yang memenuhi dinding bilik makan
                                                                      

Ini adalah lukisan dinding ( cat biasa) yang terletak di bilik makan.Aku suka  bentuk daun dan bunga helliconia ini.Sudah empat tahun lebih ia di situ dan kini aku sedang merancang untuk mengubahnya lagi!

         Cermin berbingkai kayu ini amat kontra dengan warna dinding                                
Ini pula Cermin yang berbingkai kayu ukir terletak di ruang rehat.Seminggu suntuk aku menyiapkannya.


                                              
Dan ini adalah ruang tamu baru yang aku siapkan "Single handed" selama hampir lima bulan.Ia memberi  keselesaan dan penchahayaan yang menarik.Cermin- yang berbentuk empat segi aku lekatkan di dinding.Jendelanya aku ubah suai dari sliding door asal dibilik makan.Manakala "Roman Blind"nya  diubah suai dari langsir untuk sliding door.
             
                      Bilit tamu  'oval -shaped' yang   baru                                     
                               
                               Bilik kelahiran blog-blog probakti
Ini pula bilik komputer yang  dipinda dari  bilik kecil tetamu.Rak-rak  buku di perbuat menggunakan steel frame dan hard board..Ini adalah bili kelahiran blog-blog aku.Hampir enam jam sehari aku di situ,menulis,membaca dan mengulangi bacaan Al Quraan.

Ringkasnya, DIY telah memenuhi masaku dan aku rasa bahagia apabila  masa seharian digunakan sepenuhnya.Tidak ada ruang kosong sama sekali.

Ungkapan , "Demi masa manusia berada di dalam kerugian  kecuali orang-orang yang 
beriman dan beramal soleh......."  itu selalu aku ingat.

Tanpa DIY aku mungkin mengalamun sendirian!.   

Wednesday, May 26, 2010

I love you ,Sir !

                         

                                                    

                                                             Gambar hiasan  
                                                                                                                             
Tuk...tuk..tuk...!.
Pintu bilikku  di ketuk beberapa kali kemudian dibuka lebar.Aku baru lima bulan bertugas disebuah sekolah di bandar Alor Setar dan menjawat jawatan sebagai timbalan pengetua.Bilikku berada di tingkat tiga  bangunan utama.

"May I come in .sir! " seorang pelajar perempuan  menjenguk, suaranya  perlahan.
"Yes,of course ,please come in" aku membalasnya seperti kebiasaanya apabila ada pelajar ingin masuk berjumpa denganku.
Dia terus masuk dan berdiri di samping kerusi

*Boleh saya cakap dengan cikgu tak ?"
""Boleh...,duduklah dulu.."
"Apa cikgu  tak  marah..?" dia masih berdiri  .
"Apa pasal pula saya nak marah ni.."
"Betulakah cikgu tak marah  .?". Dia menarik kerusi lalu duduk.
"Cakaplah  saja..apadia "..
"Apa..cikgu boleh terima  ? "Dia memandang tepat ke mukaku
"Saya malulah nak ucapkan" sambungnya lagi , "saya takut..."
" Ni,kalau dah nak kata sesuatu ,,...kata sajalah."
" Saya  malu...betul cikgu tak marah ? "

Tersirap darahku mendengar kata-katanya itu.Aku sudah boleh menduga apa yang mungkin hendak diucapkannya nanti.Pengalaman banyak mengajar aku.

"I love you ..Sir  !" Dia bersuara lantang.menunjukkan keyakinannya terhadap diri.
" Ok !" Aku menjawab ringkas. (Jika lah aku bersikap seperti semasa mula-mula aku mengajar dulu, akan ku tampar muka pelajar ini.) Aku mengawal perasaan  dan mentalku.

" Habis  macamana cikgu"
" Ok lah tu' aku  menjawab selamba.
" Jadi cikgu terima lah tu...?"Aku hanya tersenyum 
" Saya memang berharap cikgu..terima kasih" Dia bangun .Puas hati dan  meminta izin untuk keluar.

Sebaik sahaja dia keluar aku terkenangkan cerita filem "To Sir with love" suatu masa dulu.Memang "cinta" itu luas pengertiannya.Mengikut tulisan, didalam blog Abu As ,  "cinta" itu membawa erti"minat" .Setiap orang insan bebas menyatakan minatnya.

Aku memeriksa profilenya.Ternyata pelajar perempuan itu "bermasalah".Ini tahun ke-3 ia berada di tingkatan tiga dan mengulang buat kali keiga menduduki Peperiksaan LCE.Ia mempunyai latarbelakang keluarga yang baik.Aku simpati dan sayang kepadanya sepertilah juga terhadap pelajar-pelajar lain yang bermasalah.

Aku mencadangkan  kepada pengetua supaya  dia dipindahkan ke tingkatan empat (Dia hanya perlu mengulangkaji  dikelas tambahan untuk peperiksaan LCEnya} Dia kemudian dilantik sebagai seorang pengawas.Semuanya untuk membantu dan mengubah persepsinya  terhadap pelajaran.Dia banyak berubah dan mula bersikap positif. Mungkin  kerana yakin aku menerima "cinta"nya itu !.

Rasanya ketika ia mengeluarkan kata-kata "I love tou Sir " itu dulu , nak aku buka laci meja dan tunjukkan album foto aku dan isteri bersama anak sulung kami yang baru berusia setahun.Aku tidak mahu menyakiti dan melukai hatinya.Aku mahu mendorong dan membantunya lulus peperiksaan kali ini.

Setahun lebih kemudian aku  berjaya memohon untuk bertukar ke negeri asalku.Sejak itu aku tidak mendengar atau berhubung  dengannya..

Tujuh tahun kemudian aku berpeluang menziarah rakan-rakan lama di Alor Setar.

Di Suatu petang ketika menuruni escalator di sebuah supermarket,aku terserempak dengan pelajar perempuan itu.Dia berada di escalator sebelah menuju ke tingkat atas.Di sebelahnya seorang lelaki tampan mendukung seorang anak perempuan.Itu sudah pastilah suaminya.Dia pula kelihatan berbadan dua.Dia kelihatan terkejut melihatku.

Setibanya aku ditingkat bawah,Aku terus menukar haluan dan menaiki escalator  ketingkat atas. Aku hendak menemui  dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Niatku  ,apabila berhadapan nanti hendak juga aku kemukakan soalan sinis "Do you still love me? "

Malangnya  ,dalam lauatan manusia yang begitu ramai,aku gagal menemui nya.

Apa pun aku bersyukur dia telah selamat menempuh kehidupan baru  yang sebenar dan berbahagia!