Followers

Wednesday, January 21, 2009

Alam persekolahan yang unik



Alam persekolahan awal adalah pengalaman yang cukup bermakna bagi seseorang..Seperti kanak-kanak lain , ketika itu aku berusia tujuh tahun.Sebelum memasuki darjah satu secara rasmi ,aku ditumpangkan dahulu di Sekolah Melayu Bacok .Guru Besar sekolah itu adalah kenalan rapat ayahku , Aku hanya "menumpang" sealama dua minggu sahaja.

Tidak seperti kanak-kanak lain ,awal persekolahanku adalah unit . Selama enam tahun aku melalui enam buah sekolah di beberapa jajahan.Ia memang seronok dan mengajarku erti kehidupan di lokasi yang bebeza dengan manusianya yang serba berlainan.Ini yang mencorakkan perwatakan dan trend hidup aku untuk "survival".

Kesemua pengalaman dan senario persekolahan ini masih segar dalam ingatan :



Kuala Krai - Awal persekolahan , penuh kenangan
Macang - Darjah dua ,yang mengajarku erti disiplin hidup.
Kota Bharu - Darjah tiga. Bermulanya kehidupan manusia bandar
Tumpat - Darjah empat . Dunia buruh dan nelayan
Jelawat - Darjah Lima . Melalui kehidupan petani,penuh tradisi
(Bacok)
Kota Bharu - Darjah enam -menghadapi persaingan kesekolah menengah|

Di Kota Bharu lah aku mula mengharungi liku-liku hidup sebenar yang banyak 'mendewasakan" dan mengajar aku erti kemanusiaan.......dan di sini lah aku menghabiskan sisa-sisa hidup terutama sekali bila sentiasa mengadap tuhan dan memohon.keampunan dari Nya

Itulah aku!









1 comment:

  1. Salam.
    Trimokasih singgah "ghumoh" ambo. Ambo pon pernoh ngajar di Kuala Krai tahun awal tahun 1990-an.Dey lah dok dennu 1 tahun lebih. Lor ni KK jauh bezonya

    ReplyDelete