Aku masih ingat.
Setelah menumpang selama dua minggu di Sekolah Melayu Bacok , aku mengikut ayah berpindah lagi.
Kali ini ke Kuala Krai dimana aku didaftarkan di Darjah Satu.
Di sinilah bermulanya perjalanan hidupku - yang jauh bezanya dengan persekitaran pantai Bacok.
Pada mulanya ayahku menyewa sebuah rumah kampung di Jalan Gale,tidak jauh dari balai polis dan Sungai Krai..Terdapat sebuah rumah kayu yang agak besar milik seorang yang kaya.Anak perempuannya sebaya aku. Di situlah aku selalunya bermain buaian yang terletak dibawah rumahnya. Dengan seorang lagi rakan sebaya lelaki,kami bertiga sering bersama berbuai dan menyanyi lagu kegemaran,"Merpati Dua Sejoli".
Budak perempuan itu bernama Hamidah .Ia periang dan mesra.
Hari ini, pada setiap kali aku melihat pembaca wanita "Dunia jam sepuluh" terbita Tv 1 rtm ,. aku mengenang kembali zaman aku bermain di situ.
Malangnya ,kami berpindah kerumah kerajaan tidak jauh dari situ.Persahabatan kami terputus.!
Rumah kerajaan yang baru kami duduki terletak di atasi anak bukit di tepi jalan.Setiap kali terutamanya dimusim kemarau air paip terputus bekalan.Kami bergantung kepada lori tangki air kerajaan yang membekalkan air.Ada kalanya kami mandi di sungai.,tetapi terpaksa menuruni dan mendaki tebingnya yang curam..
Suatu hari, sebuah lori tangki datang mebahagi-bahagikan air. Kami sungguh gembira. Dan aku...seperti kebanyakan anak lelaki lain. merasa seronok dan ingin mencuba!
Aku memanjat dan menaiki lori tangki dibahagian tengah. Hanya ingin melihat-lihat.Tanpa di sedari , pemandu lori itu terus meneruni bukit dan memecut laju.Aku bergayut pada tangki lori itu, cemas dan gementar!.Setelah mendengar teriakan aku,pemandu itu sedar dan memberhentikan lorinya di tengah-tengah bandar.Aku turun,mukaku pucat dan aku kebingungan!
Pengalaman aku dilarikan pemandu lori sememang nya mencabar , dan cukup memeritkan !
............
Di suatu hari cuti sekolah,aku bersama kakak mengikuti seorang ahli keluarga ayah, yang kami kenali dengan penggilan "Pak Su" menziarahi tempat tinggalnya di sebelah bukit. Selepas menyemberangi sebatang anak sungai melalui jambatan gantung , kami tiba sejam kemudian di pondoknya.Ia terletak di dalam kebun getah ,dikelilingi hutan.Tidak terdapat rumah atau pondok orang lain disitu.
Malam itu aku dan kakak tidur awal , kepenatan!. Aku terjaga di tengah malam dan mendapti api sedang menyala di sekeliling pondok.Kelihatan Pak Su sedang menglonggokkan kayu dan memantau keadaan api disekeliling..Pondak ditengah seolah-olah di pagari api yang terang benderang.
Esoknya,aku diberitahu yang suasana seperti itu berlaku setiap malam..Ia adalah untuk menghalang harimau daripada mencerobohi pondok.Pa Su tidak pernah tidur di sepanjang malam.Ia hanya duduk memerhati keadaan api yang menyala sambil berzikir!Darah ku tersirat mendengar ceritanya yang harimau pernah cuba melompat untuk masuk kepondoknya,tetapi dihalang oleh bahang api yang menyala..
Kami dihantar pulang selepas makan tengah hari .Nasi dengan sayur pucuk ubi dan daging rusa kering . Di goreng ranggup!
Pada suatu hari Sabtu,seperti kebiasaannya aku bermain dengan seorang anak Pegawai Daerah yang tinggal tidak jauh dari rumah ku.Lebih kurang jam sepuluh pagi kedengaram dua das tembakan yang kuat datang dari arah sungai berhampiran mesjid.Kami bertempiaran lari.Aku terus pulang kerumah..
Petang itu tersebar berita bahawa seorang lelaki Cina telah dtembak mati oleh pengganas kominis ketika beliau sedang mandi di sebatang anak sungai.
Pada minggu berikutnya aku tidak keluar bermain di rumah Pegawai Dearah itu lagi .Perasaan takut masih menghantui diriku !
Pengalaman begini amatlah berharga buat aku.! Aneh nya, pada hari ini kanak -kanak diperingkat awal persekolahan banyak menghabiskan masa lapang mereka di taman-taman permainan,di taman-taman rekreasi dan di supermarket.
Pengalaman yang boleh membentuk watak , mengatur emosi dan pemikiran amatlah terhad sekali!
.Aku berasa amat bertuah dibekalkan pengalaman-pengalaman begini.Dan untuk itu aku sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada Allah.
Itulah aku......
.

No comments:
Post a Comment