Followers

Friday, April 24, 2009

Di antara bahasa Janggal dan bahasa Budu

Perjalanan saya masih jauh, dan sebelum ke Tumpat dan seterusnya ke sebuah pekan di dalam Daerah Bachok, kita berehat dahulu sambil bertukar-tukar pandangan. Insyallah jika diizinkan !


Bahasa mempunyai banyak pengertiannya.Umumnya bahasa boleh kita fahami sebagai sistem vokal (sebutan) dalam mana manusia bekomunikasi antara satu sama lain.
Di dalam negara kita, Bahasa Melayu telah berkembang pesat dan menjadi semakin komplek , bergerak maju sesudah menempuh sejarahnya yang tersendiri. Namun di sebalik semuanya ini,bahasa kita (dalam situasi yang tertentu) menjadi semakin janggal.

Penggunaannya ,mengikut selera bibir.Betul salah,sumbang atau tidak dan kesanya destruktif atau tidak tidah dihiraukan sangat.Yang penting orang terus menonton tv, mendengar dan membaca surat khabar atau majalah.Pulangan atau untunganya banyak, jadilah !

Ada beberapa contoh untuk kita kongsi bersama.
.
1. Baru-baru ini saya menerima berita melalui telefon dari seorang kenalan,katanya;

"Esok saya dijemput oleh pihak sekolah untuk menghadiri Majlis Graduasi anak bongsu saya yang baru lulus peperiksaan"
"Graduasi ? beliau belajar kat mana dan jurusan apa? "saya selamba bertanya.
"Tak la, ..ni baru lepas SPM aje !"
" Graduate lah tu ?"
" Emmm gitulah...la ni "

Setahu saya, "Graduasi"digunapakai dalam upacara menyampaikan ijazah kepada pelajar-pelajar universiti yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di dalam bidang masing-masing.Saya kira esok, di sekolah rendah pun akan digunakkan "Majlis Graduasi" bagi murid-murid yang telah lulus Ujian UPSR. Entahlah, Malaysia boleh!

2. Seorang pelajar matematik bertanya gurunya.Seorang lelaki.
"Cikgu, macam mana nak sebut duapuluh tolak lapan ? "','"Twenty push eight , gitu kah?"sambungnya lagi
" No, minus la!" seorang rakannya mencelah.
" Salah..subtract lah!"yang seorang lagi menjawab..
"Kamu hentam sahajalah asalkan orang lain faham.."cikgu pula yang menjawab.

Suatu pagi , pelajar yang sama menemui dan memberi salam kepada guru tadi.Katanya;
"Asalamualaikum cikgu...Good morning teacher!"
"Morning! "Cikgu tersenyum,bangga pelajarnya dah fasih berbahasa Inggeris !

3. Seorang guru memetik dan menggunakan ucapan terkenal di Rom, "Romans,friends..lend me your ears.....!"Do you understand the words?"
" Entah !"jawab seorang pelajar perempuan.
" I mean , lend me your ears..!"sambung guru itu lagi.
Sambil membeliakkan matanya pelajar perempuan itu tadi berkata ;
"I beg your pardon... sir ?"
"Ala..tak usah beging...beging lah,minta sedekah pula !" Marah seorang pelajar lelaki yang duduk di sebelahnya.

Masih saya ingat,satu hari ketika bertugas di Alor Setar,saya ke kedai runcit milik seorang mamak di Lorong Seri untuk membeli sedikit barang-barang keperluan.Pada masa yang sama seorang lelaki Melayu masuk dan dengan suara lantang berkata;

"Ooi,Mamak! Kasi aku roti satu kati..." Saya berfikir di sini roti dijual dengan menggunakan timbangan agaknya..

Mamak itu mengangkat sebuah tin yang besar dan mengeluarkan isi nya untuk ditimbang. Rupanya roti yang di maksukan itu adalah biskut tawar !

Begitu juga, suatu hari saya membawa anak perempuan ke sebuah pasar di Pekan Jelawat,dekat Bacok.Semasa menunggu di dalam kereta,seorang perempuan muda lalu berhampiran ,dan bersuara dengan nyaring bila disapa oleh seorang rakannya ";

"Tak leh jugak (juga) beli budu ari ni ,ambo lupe (lupa)bawe (bawa) jebor"
" Isshhh.....oghe (orang) tu kecek (cakap)kotor la abah...! "Anak perempuan saya komplen.
" Dak la, (tidak lah)tu bahasa budu (kelate) ,bahasa Kelate tulen. Jebol tu maknanya " botol "Oghe putih sebut "Bottle" Saya beri penjelasan.

Anak saya tersipu-sipu. Malu, tapi megah bila memahami Bahasa Budu!


2 comments:

  1. itulah uniknya bahaso kito.Sebab tu ambo suko tulis blog kot bahaso budu hehehee. lepas tu tok sekkor ado ramai hok suko baco blog bahasa budu..

    ReplyDelete
  2. Mame unik!.Perkataae "Budu" ada dale Bahasa Arab.Mulo dulu kat kampong main irup jas budu.Beli denge jire sebelah ghumah,pake kelosong pisang jas,tak bawe jebol jugak.Kade-kade budu nampak merah,belemin,bergerak nyak nyat-nyaknyat.....ulat!,ulat budulah mtu.Dulu ambo tengok ada Mat salleh make ulat..ulat cheese!

    ReplyDelete