Followers

Thursday, January 28, 2010

Menjadi tetamu istimewa.

`      dan pada hari-hari seterusnya..........




       14hb Nobember 2009 (Sabtu), 

 
Diluar Masjidi Haram


                                      Sesudah selesai solat Subuh di tingkat ke dua
 


       Seperti hari-hari sebelumnya,kami solat subuh di tingkat satu,  Masjidi Haram.Kami keluar dari masjid dan terus menuju ke Hotel Al Safwah yang terletak  betul-betul di hadapan pintu masuk King Abd.Aziz..

                              

                                              Suasana ditingkat  atas sesudah selesai solat.

                      
        Aku,isteri, adik iparku dan anak lelakinya ingin mengambil sarapan pagi di Restoran Saji,milik Felda di tingkat satu.Malangnya tempat duduk telah di penuhi dan kami terus ke tingkat dua untuk menemui Saudara Manziie, penulis blog Pengalaman di Kota Makkah dan bertugas sebagai eksekutif house-keeper di situ.Sebaik sahaja beliau dapat kami hubungi melalui petugas di kaunter ,beliau terus  datang dari bilik penginapannya untuk menemui kami.(Kami diberitahu yang Sdr.Manzliie sebenarnya masih tidur dibiliknya),


                                   Panorama indah  ,bersama isteri di tingkat 21 hotel Al Safwah
                   
        Kami dibawa sdr.Manzlie melihat-lihat sekitar bilik-bilik hotel (masa itu ia belum dipenuhi pelanggan).Ianya cukup indah dan menarik. (Patullah bayaranya SR 10,000 untuk sepuluh hari penginapan) Kemudian kami dibawa masuk ke sebuah bilik ditingkat 21 dan bergambar berlatarbelakangkan kaabah yang jauh kelihatan dibawah.(terima kasih kepada sdr.Manzlie kerana menyiarkan gambar-gambar itu di dalam blognya)


                                        Tetamu istemewa .........menikmati.hati unta

          Sebelum berpisah,kami,kebilik penginapannya dan menjadi tetamu istemewa unuk menikmati sarapan pagi.Kami di hidangkan kek,curruypuff minuman kopi Radix dan yang paling istimewa nya disajikan semangkuk 'Hati Unta '. .Ianya cukup enak dan kami menjilat jari dibuatnya..Kenangan di sini tidak dapat kami lupakan selama-lamanya.
                                
                                          

                                            Bersama Saudara Norawi                    

                      

                                            Jinak-jinak merpati diluar masjid

16hb Nobembeer,2009 (Isnin) Sebaik sahaja selesai menunaikan isolat subuh, kami bertemu jiran sebelah rumah ,yang datang lebih awal ke Makkah iaitu  saudara Norawi..Kami menjadi tetamunya untuk sarapan pagi dengan teh panas dan kek di sederet kedai berhampiran Masjid Kucing.
                                                  

                                         Menziarahi  Mak Ngah Mas         
           Pada jam 10 pagi aku dan isteri dijemput  oleh Sdr Ismail untuk dibawa ke rumah emak sepupuku  iaitu Mak Ngah Mas yang telah lama bermastautin di Makkah .Rumahnya terletak  kira-kira lima kilometer dari hotel penginapan kami.(Aku  luipa mencatit nama kawasan itu)) Sekali lagi kami menjadi tetamu istimewa .Kami Di hidangkan nasi minyak arab dan  daging goreng .Menjilatjari sekali,lagi lah kami dibuatnya !


                                       Pemandangan diluar rumah Mak Ngah Mas
         Kami bertukar-tukar cenderahati dan dihantar pulang ke hotel menjelang waktu zohor..

       Kami telah menjadi tetamu Allah,dan juga tetamu orang-orang yang dikurniakan rahmatnya. Syukur  Alhamdullillah !

Tuesday, January 26, 2010

Di tepi tangga mengadap Kaabah.

Hari ke-2 di Makkah.

13hb.Nobember (Jumaat). . Pada jam 4.00 pagi, kami sendirian ke Masjidi Haram untuk solat subuh dan kembali ke hotel pada jam 7.15 pagi. 


                                     Menunggu waktu untuk Solat Jumaat

Pengalaman pertama  (tanpa rasa malu) kami ternyata tersalah jalan lantaran kami hanya  melangkah ke hadapan dan patuh dengan ungkapn "Jangan pandang belakang" Akibatnya kami tiba di hotel  Al Jandariah dimana terletaknya ibu pejabat LUTH..Kami dilayan petugas dengan mesra dan memberitahu  yang kami akan dihantar ke Maktab 79 bersama beberapa orang lagi jamaah yang senasib dengan kami..

Ingatan kami akan dibawa dengan kereta atau van,rupa-rupanya  mengikuti petugas berjalan kaki menuruni bukit.Di persimpangan kami diarah membelok ke kanan,mendaki bukit ke arah Maktab 79 ..Aduh...bukannya jauh,tapi agak bersebelahan  iaitu dalam jarak kira-kira 200 meter sahaja !


                                      Duduk di tepi tangga,berhimpit-himpitan


    Pada jam 9.00 pagi (berdasarkan maklumat dari rakan blogger,En Manzili yang bertugas di Al Safwah Hotel) aku terus ke Masjidi Haram awal-awal lagi untuk Solat Jumaat   kerana bimbang tidak dapat memasuki masjid dan berhadapan dengan kaabah..Ternyata Ia hampir penuh sesak.Aku terus mencelah-celah dan akhirnya sampai di tepi tangga. Di situlah aku mampu duduk.

Selesai solat sunat aku terus berdoa dan membaca Al-quraan. Selama lebih dari dua jam aku terpaksa menahan asakan dan himpitan berbagai jenis pengunjung,lelaki dan perempuan.Ada yang menolak kepalaku  dan ada yang melangkah bahuku untuk kehadapan. Penawarnya satu sahaja iaitu "SABAR" dan mengingati Allah yang Maha Besar  dan Maha Mengetahui .



                                         Suasana sebelum bermulanya Solat Jumaat


                                               Sesudah selesainya Solat Jumaat


                                          Pemandangan di luar Masjidi Haram
 
   Aku ikut melakukan Solat Jumaat,(maaf,aku tidak hendak komplain) dalam keadaan  yang tidak selesa ,terpaksa berhimpit dan dicelah-celah jamaah lelaki dan juga perempuan..Realitinya  keadaan jauh berbeza dengan solat  di kampung sendiri.Apapun aku bersyukur dapat pertama kalinya duduk menghadapi kaabah. Mata seringkali digenangi air mengigati sesudah umur ku lebih separuh abad ini, aku diterima manjadi tetamuNya, duduk bersimpuh tidak jauh dari Kaabah,di belakang Makam Ibrahim..Alhamdullillah !
                                 

                                            Solat di dataran Masjidi Haram

   Malam itu kami sedikit terlewat ,dan terpaksa buat pertama kalinya solat maghrib dan Isya di dataran (kawasan lapang di luar masjid) berhadapan dengan kawasan Sai' (empat tingkat semuanya) Suasana terasa sejuk dan tenteram.


                                             ....sejuk dan tenteram

Monday, January 25, 2010

Minggu pertama di Tanah Suci



  Selama 40 hari aku menjadi tetamu Allah,dan di sepanjang waktu aku berada di Makkah dan Medinah,selama itulah pula aku kumpulkan segala kenangan serta pengalaman untuk di turunkan di sini.Ia adalah kenangan sepanjang hayat  (whole life memory) dan diharap ianya dapat dikongsi bersama. ( Ini sebenarnya agak terlewat,tetapi aku percaya  dengan kata-kata "Its better late than never".

Minggu pertama.
                                                                                                                                                                             10hb.Nobember,2009 (Selasa) :Pada pagi Isnin,9hb Nobember aku  disahkan terpilih untuk menunaikan haji .Keesokan harinya, aku dan isteriku terus berangkat ke Kuala Lumpur.Barang dan pakaian yang diperlukan dikemaskini di rumah anak kami di Lestari Pucong'
                                    
       

                                       Di Kelana Jaya diiringi sanak saudara



           Bersama anak lelaki dan menantu  sebelum bertolak ke KLIA

!!hb,Nobember2009:(Rabu):Kami melapurkan diri di Kelana Jaya pada jam 9.30 malam.Setelah mendaftar masuk,kami berlepas dengan bas (10 buah bas semuanya) ke KLIA pada pulkul 11.00 malam.Kami berlepas ke Jeddah  dengan Saudi Airlines tepat pada jam 1.05 pagi dan tiba di lapangan  terbang Jeddah pada jam 630 pagi Khamis dan kemudian bertolak ke Makkah dengan bas pada Jam 10.05 pagi dan  akhirnya memasuki kota Makkah pada jam 12.15 tengahari.                

                    Dalam pesawat Saudi Airlines                                                                   

                                      Bersama salah seorang petugas LTH

                                Menunggu giliran untuk menaiki bas






                                  Dalam perjalanan menuju ke Kota Makkah


 Tepat jam 12.40,kami tiba dan"check in " di hotel penginapan Maktab 79,di Hotel Dar Al Jandariah.(800 meter dari Masjidi Haram) Aku diberi bilik 507 ditingkat lima berkongsi dengan empat  orang para jemaah lain.Isteriku berada di bilik 506 bersebelahan.

12hb.Nobembeer,2009:(Rabu)  Kami solat Maghrib dan Isya di surau Maktab 79,Hotel Dar Al Jandariah dan kemudian mendengar taklimat dari pihak Tabung Haji tentang  program kunjungan pertama secara beramai-ramai ke Mesjidi Haram untuk melakukan tawaf dan Sa'i.Pada jam 9.40 kami semua dipandu ke Mesjidi Haram oleh petugas-petugas Tabung Haji.Aku dan isteri menyempurnakan tawaf dan Sa'i  sehingga selesai jam 12.00 tengahmalam.




                                      Kaabah yang dimuliakan

Alhamdullillah,syukur kepada Allah atas kurniaan nikmatnya pertama kali kami benar-benar sujud dihadapan Kaabah .Aku tidak dapat menahan airmata yang  mengalir keluar ketika berdoa. Sayu bercampur gembira.

Allahhuakbar !



Monday, November 9, 2009

Count Down Haji:Menjadi tetamu Allah.


Baitullah


Alhamdullilah,syukur kepada Allah...

Saat penantian dan pengharapan akhirnya terkabul juga apabila aku disahkan terpilih untuk ke tanah suci,bagi menunaikan haji bagi tahun 2009 bersama isteri.

Berikut ialah urutan peristia dan masa yang aku tempuhi:

1.Awal Nobember.: aku menulis surat rayuan kedua kepada pihak Tabung Haji untuk memberikan aku pertimbangan.Tidak ada jawapan.

2.Kami ikut sama (menumpang) Kursus Haji Perdana di Bachok selama sehari semalam.

3.Kami menghubungi pihak tertentu (yang mengurus jemaah haji) dan bayaran tambahan akan dikenakan jika kami besetuju.Kami Tidak yakin dan merasai ia kurang elok untuk tujuan ibadah .Kami menolak akhirnya.

4.3hb.November:(Selasa) Kami ke Pejabat Tabung Haji,kb,untuk menyemak status.Tiada keputusan.

    Anak- saudara kami yang bertugas sebagai pilot meminta kami mengirimkan passport ke Kl melalui rakan pilot nya yang akan ke-kota Bharu pada jam 11 pagi.Kami bergegas ke lapangan terbang dan berbuat seperti yang diminta.Ia akan diserahkan kepada pihak kedutaan Arab Saudi selewat-lewatnya pagi Jumaat, 6hb.November.

6.4hb.November(Khamis.) Kami menerima dua buah buku pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang kb dari anak saudara yang secara kebetulan menerbangkan pesawat ke kota bharu pada petang itu.Petang itu seluruh keluarga berkumpul untuk mengucapkan selamat jalan kepada adik ipar aku yang akan ke Tanah Suci  pada 5hb.Beliau diringi oleh anak lelakinya.

7. 6 dan 7hb November(Jumaat da Sabtu). Cuti hari minggu di Kelantan.Kami berkira-kira hari untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

8. 8hb Nobember.(Ahad) Cuti tambahan kerana Kelantan berjaya ke final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan. kami disarankan supaya mendapatkan pemeriksaan di Jertih,Terengganu.Pads jam 9pagi kami bergegas ke Hospital Besut di Jertih.

      Dengan pertolongan Allah,semuanya lancar dan  selesai pada jam 1.15 tengahari.Selepas minum di sebuat restoran atas pelawaan seorang anak buahku yang kini bertugas di Tabung Haji ,Jertih ,kami bergegas ke Kampung Raja untuk mendapatkan  suntikan influenza dan meningitis.Malangnya  salah satu dosenya tak ada.Kami pulang sahaja keKB pada jam 3.30 petang setelah selesai solat di Mesjid Kg.Raja.

9. 9hb.November (Isnin) Jam 8.30 pagi kami bergegas ke Pusat kesihatan Pesakit Luar di hospital KB untuk mendapatkan suntikan dan pengesahan pegawai perubatan.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan kira-kira jam sepuluh pagi kami terus ke Tabung Haji kb, untuk menyemak status.Sukacita kami disahkan terpilih menunaikan haji dengan KT66. Ia itu  pada hari Rabu di Kelana Jaya.

.  Kami menghubung anak-anak dan saudara terdekat.dan bergegas ke kedai Jaafar Rawas untuk mendapatkan beberapa keperluan .Kami kemudian terus ke airpot untuk menempah tiket ke KL pada 10hb,(Selasa).Dan kami akan berlepas ke KL pada jam 4.00 petang ini (19hb,Nobember)  dari Pengkalan Chepa.dewngan Mas Airlines.

.  Dari petang sehingga  lewat senja ,saudara mara dan jiran terdekat memnuhi rumah kami.Kami sungguh terharu.Air mata dah mula mengalir,kadangkadang suara tak terkeluar semasa  menjawab telefon..Segala-galanya terbayang antara suka dan duka dan rasa terharu Semuanaya bagaikan mimpi.

   Disebelah malamnya sempat juga ahli-ahli keluaraga terdekat  berkumpul untuk menunaikan solat hajat memohon keredhaan dan pertolongan Allah.

     Di halaman ini aku dan isteriku memohon ampun dan maaf kepada kesemua rakan-rakan blogger,Doakan kami selamat pergi dan balik.Semoga kami memperolehi Haji Mabrur.InsyAllah.

    Kepada pengikut-pengikut setia aku terutamanya: MrsNor,Anak Tumpat,CikMar, AmyNujaimy,
Kickdefella,House of Tot,Bukit Sakti,Mother of  Abdul,dan banyak lagi tak dapat aku nak turunkan semuanya,aku ucapkan terima kasih,maaf zahir batin sekiranya berlaku salah silap bahasa dan gurau senda di blog yang mengguris hati kalian.Doakan agar kami selamat tiba dan kembali!!...

 Yang ikhlas
 Itulah Aku / Probakti
(Yamin Mohd Hussain dan Isteri)

 9.00pagi (10hbNovember.2009)

Saturday, October 31, 2009

Indahnya Allah

Semalam aku  meneroka beberapa halaman di dalam You tube,
dan terserempak dengan  sebuah alunan nasyid yang begitu
indah dan menusuk hati.

Ia diberi judul "The Beauty of Allah"
dan dipersembahkan oleh  Munshid,  Mohamed Obaid.
Kata-kata yang terdapat didalam nasyid ini disadur dari
kata-kata Iman Shafie (r.a) di akhir hayatnya.

Berikut aku paparkan nasyid berkenaan dengan sarikatanya dalam Bahasa Inggeris.

Semoga kita dapat "menikmati" dan "menghayatinya" bersama !



                                             

                                                        

1.  To you,the Creator , I raise my
longing
 ,2. Even if I am an evildoer , a
criminal , O possessor of kindness
and generosity !
3. When my heart became
constricted and my path became
narrow
4.I took my hope in Your pardon
and forgiveness as an escape
5. You are and still remain the only
One who can forgive sins
6.Your grant and forgive out of Your
benevolence and generosity.

(Repeat:1 , 2 ,3 4&5)

7.Are You not the One who has
provided for me and guidance
8.And You have not ceased being
gracious to me and full of
favours ?
9.Wishing that the Beneficient One
will forgive my mistakes
10. And cover up my crime and what
has gone forth
11.So you forgive me.You would
have forgive a sinner.
`12.A rebellious , opressive tyrant
still sinning
13.  .And if You were to seek revenge
from me, I would  not dispair
Even they entered my soul into
Jahanum due to my sins

(Repeat 1,2,3,4 & 5)

14.Eloquent when he makes mention
of his Lord
15.And in the mention of others than
Him,he is not (eloquent)
16.He says "My beloved (O God!)
You are what I request and desire
17.You are enough of a longing and
benefit for those who have hope.
18 I protect it my love , lest my desires
should spoil it.
19 And I preserve the contract of
love , lest it be defiled
20.  In my wakefulness is yearning
and in my slumber is destiny.
21.  That's pursing my footstep in
ecstasy.
22.  My cruel (sins are great past
and present
23.But Your forgiveness comes to
the servant , more exalted and
more great

(Repeat 1,2,3  4 & 5) 

Wednesday, October 28, 2009

Pudding "Cocktail"

Adakalanya  hari-hari atau masa yang terluang tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Tindakan  aku ialah mengisinya dengan hobi yang sedia aku miliki. Antara  hobi yang paling aku  suka ialah menyediakan "Cocktail Pudding".

                                                         
Aku bukanlah seorang chef seperti Chef Wan atau Chef Ismail.Resipinya aku hafal dai pemberian kakak bertahun-tahun yang lalu . Jadi setiap kali bila terasa hendak makan pudding aku begegas ke dapur dan dalam masa setengah jam "Cocktail pudding"  itu  akan siap.
                                                                            


                                                           Hidangan pudding yang jadi "Favourite"anak-anak


Aku sukakannya kerana  sebab-sebab berikut:
  • Bahan-bahan nya mudah didapati dan tidak mahal.
  • Enak bila di makan - adakalanya menjilat jari.
  • Rupanya menarik dan menyelerakan .
  • Ia dah jadi "Favourite" menu untuk hari raya.
  • Tidak pernah menjemukan.
  • Dapat simpan lama - sampai dua minggu lebih.
  • Dah jadi soalan jolokan " Ada Cocktail pudding  ke raya ni?"
  • Banyak khasiatnya.
  • Ia adalah "The best among the best"pudding..

                                                                Pudding  "Cocktal"yang sudah siap

         {Maaf,resipinya tak ditulis disini,kalau ada permintaan,.email sahaja !}

       Selain  "Cocktail pudding" , pudding"Allerking Nenas" juga cukup di gemari keluarga setiap kali aku
menyediakannya. Begitulah juga dengan pudding "Tapai"

       Sebenarnya aku lebih suka  belajar dan meyediakan semua jenis pudding dan kueh-kueh tradsional
Melayu  .

       Yang 'Ironinya" aku seorang lelaki yang sudah berumur lebih separuh abad dan anak-anak perempuan aku bersama ibunya selalu menuding jari kepada aku bila tiba hari raya."

       "Itu tugas abah buat pudding !".



                                                                Hidangan untuk "Hari Raya"
               
        Aku  seronok menerima tugasan sedemikian I

        Itu memanglah  hobi aku !.
        

Saturday, October 17, 2009

Apa ada pada ribut ?

           Akhir-akhir ini ribut seringkali terjadi dan mencemaskan.

           Pada 8hb.Oktober,Jam 3.30 petang. (Sehari sebelum aku ke KL) aku berada di halaman rumah kerana mengiringi anak perempuan dan cucu kami yang hendak beredar  pulang ke rumah mereka..Ketika itu langit mendung  menandakan ribut akan berlaku. Aku mencapai kamera dan menghambil beberapa gambar "suasana" menjelang nya rtibut.





                                                           Ribut dalam bentuk garisan melintang


                                                             Awam hitam berubah bentuknya


           Gambar pertama dan kedua menunjukkan  suasana langit yang  menandakan akan berlakunya ribut.Bentuk dan rupa awan amatlah menarik.Tetapi pada gambar  yang berikutnya aku dapat melihat bentuk-bentuk awam yang agak ganjil.Jelas kelihatan soalah-olah wajah seorang lelaki   merenung kami.Aku hanya menyedari keadaan ini semasa menyalin gambar  itu ke komputer.


                                               Iniah bentuk wajah manusia yang kelihatan

                            
           Apakah ini satu khayalan atau penglihatan kabur aku. Entahlah.

           Secara sepontan aku teringat kepada "Amaran" Allah tentang ribut.

Hayatilah bacaan dalam video di atas.


Allah berfirman:

          " Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? " (Surah Al.Mulk:Ayat 3}

dan

        " Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? " (Surah Al-Mulk-Ayat 17 }

        Apa yang aku lihat adalah tanda-tanda kebesaran Allah.,yang Maha Suci dan Maha Mengetahui !
       
        Semoga tanda -tanda begini akan selalu mengigatkan kita tentang Allah dan kesudahan   yang bakal  kita semua akan  hadapai  di hari akhir nanti !